Berapa lamakah cuti berbayar yang patut diterima oleh setiap pekerja?
Kurang dari 2 tahun bekerja
- Cuti Am (Hari Pelepasan Persekutuan dan Negeri) : 10 hari
- Cuti Tahunan (Annual Leave) : 8 hari
- Cuti Sakit (Medical Leave), tidak termasuk rawatan dalam wad Hospital : 14 hari
- Cuti Sakit (Medical Leave), termasuk rawatan dalam wad Hospital : 60 hari
- Cuti Bersalin (Maternity Leave) : 60 hari
2~5 tahun bekerja
- Cuti Am (Hari Pelepasan Persekutuan dan Negeri) : 10 hari
- Cuti Tahunan (Annual Leave) : 12 hari
- Cuti Sakit (Medical Leave), tidak termasuk rawatan dalam wad Hospital : 18 hari
- Cuti Sakit (Medical Leave), termasuk rawatan dalam wad Hospital : 60 hari
- Cuti Bersalin (Maternity Leave) : 60 hari
Lebih 5 tahun bekerja
- Cuti Am (Hari Pelepasan Persekutuan dan Negeri) : 10 hari
- Cuti Tahunan (Annual Leave) : 16 hari
- Cuti Sakit (Medical Leave), tidak termasuk rawatan dalam wad Hospital : 22 hari
- Cuti Sakit (Medical Leave), termasuk rawatan dalam wad Hospital : 60 hari
- Cuti Bersalin (Maternity Leave) : 60 hari
Nota:
Cuti Am
- 4 cuti am yang ditetapkan; Hari Merdeka, Hari Kebesaran Yang Di-Pertuan Agung, Hari Kebesaran Sultan, Hari Pekerja dan 6 hari cuti am lagi diumumkan oleh majikan anda,
- Jika cuti am jatuh pada hari rehat, hari bekerja berikutnya merupakan hari cuti berbayar,
- Jika cuti am jatuh semasa cuti tahunan atau cuti sakit, anda akan mendapat satu lagi cuti berbayar selama sehari.
- Jika anda sakit pada hari rehat, anda tidak akan mendapat cuti sakit berbayar.
- Cuti sakit atau bersalin yang jatuh pada cuti tahunan tidak akan dikira sebagai cuti tahunan.
Hanya selepas setiap 12 bulan anda bekerja secara berterusan.
Bolehkah majikan saya membatalkan cuti tahunan saya?
Majikan anda boleh membatalkan cuti tahunan anda tanpa membayar anda jika;
- Anda tidak hadir lebih dari 10% daripada waktu kerja semasa 12 bulan kerja berterusan dimana anda berhak mendapat cuti tahunan; atau,
- Anda tidak mengambil cuti tahunan anda semasa didalam tempoh masa 12 bulan selepas anda mendapat cuti tahunan; atau,
- Anda dipecat kerana salah laku.
- Ambil sijil sakit (MC) dari doktor panel majikan anda atau hospital kerajaan; dan,
- Beritahu atau cuba beritahu majikan anda dalam lingkungan masa 48 jam anda mula cuti sakit atau masuk hospital.
Sumber dari "Pintas"
hak pekerja untuk cuti tahun berbayar....
BalasPadampekerja bekerja masuk tahun ke 3...pada bulan ke 4 untuk tahun ke 3 pekerja terbabit akan memberi notis berhenti kerja di tempat lama...adakah cuti tahunan berbayar selama 12 hari masih boleh dihabiskan oleh pekerja tersebut???.....
kerja kurang dari setahun ada hak memiliki cuti tahunan selama 8 hari?
BalasPadamtq
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadampekrja telah mendapat cuti tahunan untuk 2013, tapi pekerja tersebut mahu berhenti kerja bulan mei 2013, boleh tak pekerja tersebut menuntut semua cuti tahunan dia sebelum dia berhenti??
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamadakah saya boleh membatalkan permohonan cuti tahunan yg telah saya pohon atas sebab2 tertentu? contoh: pada 01/11/13 saya telah menghantar borang cuti bertarikh 25-28/11/2013 dan mendapat kelulusan. tetapi kerana masalah tertentu saya terpaksa membatalkan cuti tersebut lbhkurang seminggu dari tarikh sepatutnya saya bercuti itu. adakah saya boleh membatalkan permohonan cuti tersebut @ terpaksa juga ambil mengikut tarikh permohonan cuti saya itu memandangkan cuti tersebut telah diluluskan? tq..
BalasPadamHi.sy sudah kerja di sebuah restoran lebih dari 2tahun.sepanjang tempoh bekerja disini sy tidak pernah dibayar double atau mahupun triple setiap kali cuti am atau p.holiday.bos cuma beritahu sy bahawa bayaran double itu diganti dengan cuti am..betul ke cara macam itu.rasa macam bendul pun ade bila diturutkan kerja mcm tu.

BalasPadam