...KESATUAN BERJUANG BAGI MENDAPATKAN TANGGA GAJI YANG BERPATUTAN, TEMPAT KERJA YANG SELAMAT SERTA SELESA DAN TIADA DISKRIMINASI...

Ahad, 22 Ogos 2010

ANDA SEBAGAI PEKERJA - Hak-Hak dan Faedah

Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan mengenai masalah-masalah yang dihadapi tentang pekerjaan?

Sebagai pekerja, anda boleh mendapatkan khidmat bantuan dari:
  • Kesatuan Sekerja; jika menjadi ahli kepada Kesatuan Sekerja;
  • Jabatan Buruh untuk khidmat nasihat dan tuntutan kewangan dibawah Akta Pekerjaan dan Pampasan Pekerja (Workmen's Compensation); jika anda layak; berpendapatan dibawah RM1,500 sebulan
  • Perkeso/Socso untuk tuntutan dan pampasan terhadap kecederaan akibat pekerjaan, penyakit atau kematian; jika anda layak.
  • Jabatan Perhubungan Perusahaan; jika anda mahu jawatan anda semula dan sekiranya layak,
  • Biro Bantuan Guaman untuk nasihat dan perwakilan; jika anda layak,
MASA BEKERJA DAN KERJA LEBIH MASA

Berapakah jam bekerja biasa saya yang saya sepatutnya di bawah syarat-syarat pekerjaan?
Selain daripada kerja mengikut shift ataupun dengan kebenaran Ketua Pengarah, masa bekerja untuk seseorang pekerja mestilah TIDAK MELEBIHI;
  • 5 jam berterusan tanpa sekurang-kurangnya 30minit rehat,
  • 8 jam sehari
  • Satu bentangan jam 10 jam sehari, 
  • 48 jam seminggu (bagi kerja mengikut shift, purata sebanyak 48 jam seminggu di dalam masa 3 minggu)
Bolehkah saya dipaksa untuk bekerja lebih masa ("overtime")?
Selain daripada yang diperuntukkan di bawah Akta Pekerjaan, pekerja TIDAK BOLEH dipaksa untuk bekerja lebih daripada jam bekerja biasa. Kerja lebih masa maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak 104 jam sebulan.

Bagaimana gaji lebih masa dikira?
Jika anda bekerja pada;
  • Hari Kerja Biasa = 1.5 x jumlah pendapatan biasa sejam,
  • Hari Rehat = 2 x jumlah pendapatan biasa sejam,
  • Hari Cuti Am = 3 x jumlah pendapatan biasa sejam.

1 ulasan:

  1. sy bercuti setiap sabtu dan ahad.. pagi td boss keluarkan arahan supaya kami wajib ot dr pukul 9.00am-6.00 pm pada sabtu dan ahad minggu nie.. bole ke kalau saya menolak? boss bg alasan arahan dikeluarkan oleh hr dan boss tak ada kuasa utk membantah..

    BalasPadam