Berita amat mengembirakan untuk seluruh warga pekerja!. Kerajaan telah akur mengalah kepada kuasa pekerja!. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan mengumumkan bahawa Rang Undang-undang pinda Akta Kerja 1955 ditarik balik tanpa memberikan sebarang alasan di sessi Parlimen yang sedang berlangsung.
Sebelum ini, Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang bersekongkol dengan kaum kapitalis bercadang untuk menggadaikan hak pekerja Malaysia dengan membuat pindaan terhadap tiga undang-undang pekerjaan iaitu Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, dan Akta Kesatuan Sekerja 1959. Pindaan-pindaan yang dicadangkan oleh KSM ini adalah yang paling teruk dalam sejarah pekerja di Malaysia dan hanya memihak kepada pihak majikan.
Adalah dipercayai keputusan terburu-buru KSM untuk tarik balik pindaan akta ini adalah akibat bantahan serta tekanan yang berterusan oleh para pekerja serta kumpulan-kumpulan masyarakat yang lain.
sumber dari Gabungan Pekerja Kilang & Kesatuan Sekerja (GPKK), Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT),
Tiada ulasan:
Catat Ulasan