...KESATUAN BERJUANG BAGI MENDAPATKAN TANGGA GAJI YANG BERPATUTAN, TEMPAT KERJA YANG SELAMAT SERTA SELESA DAN TIADA DISKRIMINASI...

Ahad, 26 September 2010

Kerenah Birokrasi Masih Berleluasa Di Jabatan Kerajaan

Arahan demi arahan telah diikuti manakala peraturan telah pun dipatuhi tetapi penyelesaian kepada tuntutan pengiktirafan masih menjadi tanda tanya bagi sesetengah ahli. Misalannya, Kesatuan telah memohon untuk mendapatkan tuntutan pengiktirafan dari majikan sejak lebih dari 3 bulan terdahulu tetapi ianya ditolak dan telah diserahkan kembali untuk keputusan kepada Jabatan Perhubungan Perindustrian (JPP). Malangnya, sehingga kini, pihak JPP masih membisu terhadap tuntutan ini. Tindakan ini seolah-olah sengaja ditangguh-tangguhkan supaya pihak majikan bebas membuat sebarang tindakan terhadap pekerja mereka. Ini merupakan satu bentuk penganiayaan kepada kaum pekerja kerana mereka mengharapkan pembelaan kebajikan dari pihak Kesatuan.
Pelbagai contoh yang paling jelas dihadapi oleh Kesatuan ketika ini iaitu;
  • terdapat majikan yang beroperasi di Johor, dimana tuntutan pengiktirafan telah dibuat oleh Electrical Industry Workers Union (EIWU) sejak lebih 2 tahun lepas, tetapi disebabkan majikan berdolak dalih dan mengakui bahawa mereka adalah pembuat produk elektronik, tuntutan ini ditolak oleh JPP. Menjadi mangsa adalah kepada hampir 200 pekerja syarikat tersebut. Kini proses tuntutan dipanjangkan pula oleh KSIEWSSM dan seperti biasa, sehingga kini proses menunggu menjadi penghalang untuk tindakan seterusnya.
  • terdapat majikan yang cuba menaja pekerja mereka untuk menubuhkan Kesatuan Dalaman setelah majikan menerima tuntutan pengiktirafan dari KSIEWSSM. Akibatnya, KSIEWSSM mengadu kepada JHEKS dan JPP untuk tindakan lanjut. Kenapa ini berlaku?!!!.
  • Permohonan terawal untuk tuntutan pengiktirafan KSIEWSSM telah pun menjangkau kepada lebih 3 bulan. Kini permohonan tersebut sedang "kononnya" diproses oleh JPP. Pihak KSIEWSSM pernah membuat follow-up di JPP Putrajaya dan alasannya, menunggu surat kelayakan dari JHEKS yang hanya terletak di bangunan yang sama!!!. 
Setiap pertikaian dan tuntutan dari Kesatuan amat jelas sekali perlu mengikut "acuan" yang dibuat oleh JPP mahupun JHEKS. Pihak KSIEWSSM amat kesal bila mana sebarang tuntutan dari pihak majikan amat dipandang serius oleh jabatan-jabatan dalam Kementerian Sumber Manusia ini tetapi seperti sengaja melambat-lambatkan sebarang permohonan dari pekerja (Kesatuan). Jika tidak, kepada tempoh penubuhan untuk Kesatuan Sekerja baru ditetapkan dalam tempoh enam (6) bulan!!!.
Ini perlu diubah dan diolah supaya situasi "win-win situation" menjadi kenyataan. Jika tidak, kaum pekerja dan pihak Kesatuan akan beranggapan bahawa pihak Jabatan tidak mengendahkan dan mementingkan kebajikan pekerja.

2 ulasan:

  1. Pihak JPP seharusnya keluar dari bayangan dan tanggapan sebagai lebih memihak kepada kaum modal yaitu majikan. Amalkan cogankata keramat PM, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. jika tidak mahu kaum pekerja terus meremehkan dasar-dasar dan perancangan pemerintah. Pekerja adalah rakyat.

    BalasPadam
  2. apakah JPP dan lain-lain Jabatan menganggap bahawa masalah yang dihadapi pekerja sebagai tidak penting berbanding masalah lain yang dihadapi oleh pemimpin dan ketua-ketua jabatan pemerintah yang lain. Bagi kami kaum pekerja ini adalah soal periok nasi kami. Sedar lah pemimpin pemerintah dan ketua-ketua jabatan, asal usul kamu, gunakan kuasa dengan adil sementara kamu masih berkuasa. Tidak selamanya kamu semua mendongak langit. Insaflah

    BalasPadam