Dengan usul pindaan Akta Kerja di Parlimen, keadaan pekerja sektor swasta dikhuatiri akan semakin teruk dianiaya dan penindasan ini semakin tidak mendapat pembelaan dari pihak Kerajaan. Dengan dasar Kerajaan yang amat pro-perniagaan dan pro-majikan, mereka bersungguh-sungguh untuk mempromosikan tenaga kerja yang dibayar murah, kemudahan fasiliti dan banyak lagi untuk menarik pelabur asing walhal Kerajaan menjaja kepada kebanyakan pekerja atau lebih kepada rakyat bahawa mereka akan menikmati gaji yang tinggi (high income) menjelang tahun 2020.
Malangnya ini seakan-akan bakal menjadi angan kosong apabila Kerajaan berura-ura untuk membentangkan usul pindaan Akta Kerja di Parlimen untuk dibincangkan dan diluluskan. Antara perkara-perkara yang akan dipinda adalah:
- Pekerja yang diberhentikan dengan cara tidak adil atau salah dibahagikan kepada beberapa golongan iaitu:
- Pekerja yang masih dalam tempoh percubaan (probation) dalam setahun perkhidmatan;
- Pekerja yang menerima gaji pokok melebihi RM10,000;
- Pekerja yang bekerja mengikut terma kontrak tetap (fixed term contract);
- Usul Pindaan: Dikecualikan dari Pengembalikan Kerja (reinstatement of work) dibawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan.
- Membenarkan para majikan untuk memeriksa status keahlian Kesatuan Sekerja setiap lima (5) tahun:
- Membenarkan para majikan mencabar status award yang diberikan oleh Mahkamah Perindustrian (Buruh) terus kepada Mahkamah Tinggi.
- Membenarkan Sumber Manusia (HR consultant/specialist) mewakili pihak majikan sekiranya berlaku pertikaian perusahaan di Mahkamah Perusahaan (Buruh).
- Menghalang sebarang Kesatuan Sekerja untuk menggunakan dana mereka untuk sebarang tujuan pelaburan yang berisiko.
- Meminda Seksyen 12 Akta Kerja; menyelaraskan notis penamatan perkhidmatan kepada 4 minggu tanpa mengira tahun perkhidmatan pekerja tersebut.
- Pindaan Akta Kerja Seksyen 17A / Seksyen 19 / Seksyen 22 / Seksyen 25A / Seksyen 34 / Seksyen 60A dan 60C - antaranya membenarkan majikan menangguhkan pembayaran gaji lebih masa sehingga 30 hari, majikan tidak perlu mendapat kebenaran dari pekerja jika berlaku perubahan cara pembayaran gaji melalui bank (pertukaran bank) dan pertukaran waktu bekerja seperti tertakluk dalam Seksyen 60A dan C.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan