...KESATUAN BERJUANG BAGI MENDAPATKAN TANGGA GAJI YANG BERPATUTAN, TEMPAT KERJA YANG SELAMAT SERTA SELESA DAN TIADA DISKRIMINASI...

Selasa, 12 Oktober 2010

Gaji Minimum; Kerajaan akan gubal akta baru

Menteri Sumber Manusia Datuk S Subramaniam berkata satu akta baru akan digubal bagi menggantikan Akta Majlis Penetapan Gaji 1947.

Katanya, langkah berkenaan akan dibuat memandangkan penetapan gaji minimum melalui akta tersebut akan mengambil masa lama dan melalui proses yang rumit.

"Dalam hal ini, KSM dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara akan menggubal satu akta baru mengenai gaji minimum," katanya ketika berucap merasmikan Forum Gaji Minimum di Kuala Lumpur hari ini.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Subramaniam berkata beliau akan mengemukakan perkara itu bagi perbicangan awal di mesyuarat kabinet pada Jumaat.

Ketika ditanya, beliau berkata rang undang-undang baru itu dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada sesi akan datang.

Katanya lagi, setakat ini masih belum ada kadar minimum yang ditetapkan namun pelbagai cadangan telah dikemukakan, termasuk daripada MTUC dan kerajaan Selangor.

p/s: apa sudah jadi dengan gaji minimum para pengawal keselamatan yang sebelum ini dikatakan diluluskan, tetapi ianya ditangguh pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan