- Pertubuhan Kerjasama Ekonomi & Pembangunan (Organization of Economic Cooperation & Development)
- Pertubuhan Antarabangsa untuk negara-negara "kaya" diketuai AS dan Eropah.
- Ditubuhkan pada tahun 1948.
- 34 negara anggota
- Eropah: 24 negara (Austria, Belgium, Czech, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Itali, Luxembourg, Belanda, Norway, Poland, Portugal, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Turki dan UK)
- Asia Pasifik: Jepun, Korea, Australia, New Zealand.
- Amerika: AS, Kanada, Mexico, Chile.
Garis Panduan OECD Untuk Syarikat Multinasional (MNC)
- Piawaian antarabangsa untuk "amalan korporat yang baik".
- Dibentuk pada 1976 dan versi baru disemak semula pada Jun 2000.
- Digunapakai negara-negara anggota OECD dan 6 negara bukan anggota (Brazil, Mesir, Israel, Romania, Latvia dan Slovenia).
- Tujuan MNC ialah "bukan sahaja membuat untung, tetapi memperbaiki keadaan sosial di seluruh dunia".
- Tiada ikatan undang-undang, hanya garis panduan sukarela.
- Mengalakkan pembekal dan subkontraktor menggunapakai Garis Panduan ini.
- Konsep syarikat Multinasional:
- Syarikat yang beroperasi di lebih dari sesebuah negara,
- Mengandungi 10 bab (garis panduan)
- Terdiri dari:
- Gagasan dan prinsip,
- Dasar Umum,
- Keterbukaan Maklumat,
- Pekerjaan dan Hubungan Industri
- Alam Sekitar,
- Memerangi Rasuah,
- Kepentingan Pengguna,
- Sains & Teknologi,
- Persaingan,
- Percukaian.
Pekerjaan dan Hubungan Industri
Kesatuan Sekerja hanya akan menyentuh terhadap bab 4 yang biasanya menjadi pertikaian para majikan/syarikat MNC asal negara OECD ini.
- Hak menjadi ahli Kesatuan Sekerja dan terlibat dalam Perundingan Bersama,
- Penghapusan penggunaan buruh kanak-kanak,
- Penghapusan amalan buruh paksa,
- Tiada diskriminasi terhadap pekerja berdasarkan kaum, jantina, agama, pegangan politik, kewarganegaraan dan asal usul.
- Menyediakan kemudahan kepada wakil-wakil pekerja untuk Tuntutan Bersama,
- Menyediakan maklumat yang cukup untuk perundingan yang membina,
- Memerhatikan piawaian buruh kebangsaan di negara hos,
- Mempromosikan kesihatan dan keselamatan pekerjaan,
- Menyediakan latihan pekerjaan yang wajar,
- Menyediakan notis wajar dan kerjasama yang bermakna dalam kes pembuangan beramai-ramai,
- Tidak mengancam untuk memindahkan keseluruhan atau sebahagian kilang ke negara lain sebagai alasan tindakan tuntutan bersama,
- Membenarkan wakil-wakil pekerja untuk berbincang dengan wakil pengurusan yang berkuasa untuk membuat keputusan.
Dalam permasalahan kes perlanggaran Garis Panduan OECD, tindakan berikut boleh dilakukan oleh Kesatuan Sekerja:
- Kumpul bukti yang jelas mengenai permasalahan,
- Tulis laporan kes dengan kukuh,
- Hubungi Kesatuan Sekerja Wilayah/Nasional
- Melalui kerjasama Kesatuan Sekerja Wilayah/Nasional dan Kesatuan Sekerja Antarabangsa seperti IMF, ICEM dan sebagainya, akan menyediakan maklumat dan kempen solidariti.
- Membangkitkan kes atau isu tersebut kepada National Contact Point (NCP) dari negara OECD yang berkaitan dan ibupejabat OECD sekaligus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan