...KESATUAN BERJUANG BAGI MENDAPATKAN TANGGA GAJI YANG BERPATUTAN, TEMPAT KERJA YANG SELAMAT SERTA SELESA DAN TIADA DISKRIMINASI...

Ahad, 1 September 2013

Akan Kembali

Salam sejahtera dan salam perjuangan,

Sudah agak lama juga blog kesatuan tidak dikemaskini dan kendalikan. Harap maklum bahawa jika tiada halangan, sidang reaksi blog kesatuan akan kembali untuk menyampaikan info dan perkembangan terbaru kesatuan.

Bersempena dengan pemilihan Majlis Eksekutif bagi Tahun 2013 - 2016, sidang reaksi kesatuan ingin mengucapkan salam perjuangan.

Sekalung tahniah buat para pimpinan yang terpilih secara majoriti ini. Bagi yang tidak menang, sekiranya berkesempatan diharap dapat mencuba lagi dalam Mesyuarat Agung 3 Tahunan pada 2016 nanti.

Salam Perjuangan... Hidup Pekerja, Hidup Kesatuan!