...KESATUAN BERJUANG BAGI MENDAPATKAN TANGGA GAJI YANG BERPATUTAN, TEMPAT KERJA YANG SELAMAT SERTA SELESA DAN TIADA DISKRIMINASI...

Rabu, 26 Januari 2011

Laporan situasi Undi Sulit STMicroelectronics

Laporan situasi
6.15pagi – Majlis Eksekutif yang terdiri daripada Presiden, Tim. Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari dan Exco berserta dengan Pegawai Kesatuan tiba di perkarangan perusahaan STMicroelectronics untuk memasang banner dan khemah pemantau.
6.30pagi – Pekerja yang menaiki pengangkutan bas kilang mula sampai untuk bertugas. Seperti yang dijangkakan, pihak pengurusan STMicroelectronics telah mengarahkan bas pengangkutan pekerja untuk masuk ke dalam kilang dan menurunkan pekerja mereka.
7.00pagi – Pekerja pada shif malam pulang dari kerja. Kebanyakkan mereka bermundar mandir di bahagian hadapan kilang kerana menunggu masa pengundian.
7.30pagi – Kaunter pertanyaan dan Pusat Pemantauan Undi Sulit KSIEWSSM mula menerima pelbagai pertanyaan berkenaan senarai nama.
7.50pagi – Pengurusan STMicroelectronics membuat aduan kepada pihak Polis dan Polis telah cuba untuk mengarahkan Exco dan Pegawai KSIEWSSM untuk beredar dari kawasan pemantauan atas sebab “perhimpunan haram” dan menghalang lalulintas.
8.00pagi – Pegawai Kesatuan berbincang dengan Pegawai Polis berkenaan dengan undang-undang buruh yang membenarkan kempen undi sulit ini berlangsung.
8.12pagi – Naginder dan Shahrom kelihatan mundar mandir dihadapan balai pengawal keselamatan.
8.17pagi – Kehadiran seramai 5 anggota polis memerhatikan dan mengambil gambar setiap pegawai dan Exco KSIEWSSM.
8.30pagi – KSIEWSSM masih menerima pelbagai pertanyaan berkenaan dengan senarai nama mengundi. Ini menunjukkan bahawa senarai nama (Lampiran A1) yang sepatutnya dipamerkan tetapi tidak dituruti oleh STMicroelectronics.
9.00pagi – Majlis Perbandaran Muar menerima aduan dari STMicroelectronics dan menggesa supaya khemah dan banner Kesatuan dibuka. Walaupun pegawai cuba berbincang, tetapi KSIEWSSM terpaksa menurut arahan tersebut.
10.30pagi – KSIEWSSM menerima aduan dari pekerja shift T1 bahawa pekerja yang berehat (teabreak) dihalang dari membuang undi.
10.45pagi – Terdapat pekerja yang sepatutnya layak mengundi tetapi namanya tidak disenaraikan.
10.50pagi – Wakil IMF South East Asia, Sdr.Arunasalam tiba dan kehadiran beliau untuk menunjukkan sokongan kepada Pekerja yang akan membuang undi.
11.00pagi – Sdr. Aruna berjumpa dengan Naginder Singh dan dibawa masuk ke dalam kilang.

Laporan bersambung….

10.30pagi - 1.30tghari - Pekerja sedang rancak membuang undi semasa waktu rehat.
1.30tgh-5.00ptg - Kehadiran pekerja untuk membuang undi berkurangan. Mereka datang secara berkelompok.
6.00ptg - 7.00ptg - Pengundian kembali rancak kerana shift yang berikutnya mula datang secara berpusu-pusu. Maklumat awal diperolehi, Kesatuan memerlukan lebih kurang 500 undi baru kerana pada setakat jam 5.00 ptg, kadar yang keluar mengundi dianggarkan lebih kurang 1,200 orang.

Laporan bersambung...

8.00-9.00mlm - pengundian masih dijalankan dan masih terdapat sebilangan pekerja yang masih mengundi. Jumlah semakin berkurangan.
9.00mlm - Proses pengundian secara rasmi ditutup oleh JPP. Masa rehat lima belas (15) minit diberikan sebelum kiraan dimulakan.
9.15mlm - Proses pengiraan dijalankan. KSIEWSSM diwakili oleh Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari.
10.20mlm - Proses pengiraan masih berterusan. Feedback awal mendapati KSIEWSSM memperolehi banyak undian dan berkemungkinan menang majoriti.
10.40mlm - Masih tiada apa berita yang diperolehi dari bilik kiraan undi.

Laporan bersambung...

11.36mlm - Menerima perkhabaran dari Setiausaha Agung bahawa KSIEWSSM telah memperolehi undi secara tidak rasmi sebanyak 1,600++. Laporan rasmi masih tidak diperolehi. Melalui "scanning" yang dijalankan oleh pemerhati luar, sebanyak 20 undi yang diasingkan, hanya terdapat lebih kurang 1-5% yang mengundi "BUKAN AHLI". Walaubagaimanapun jumlah yang tidak keluar mengundi adalah dianggarkan sebanyak 1,000 orang.
11.45mlm - Masih belum dapat maklum tentang jumlah undi yang diperolehi oleh KSIEWSSM. Culaan semasa pengasingan undi menunjukkan jumlah 1,600 undi. Secara tidak rasmi, KSIEWSSM memperolehi majoriti dalam anggaran 200 undi.
12.00mlm - Pengiraan kali ke-2. Walaubagaimanapun, KSIEWSSM dijangka menang secara majoriti mudah. Keputusan pada bila-bila masa...
12.30mlm - JUMLAH RASMI - UNDI YANG DIPEROLEHI 57%. TAHNIAH KEPADA SEMUA PEKERJA STMicroelectronics.

12 ulasan:

  1. st perlu diajar sewajarnya kerana tindakannya sering mencabul hak pekerja, harapan saya pihak persatuan perlu memberikan tekanan kepada st. Saya ialah salah pengundi yang pada pagi tadi dan yang peliknya nama saya diambil sebanyak 2 kali oleh petugas st yang berada pada guard house yang pasti selepas nie mereka akan memantau pergerakkan saya, harapan saya pihak persatuan, selepas dapat memastikan hak pekerja dipatuhi oleh st. wasallam..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, at the end ST terpaksa akur dengan ketentuan ini.Belajarlah mendengar luahan hati pekerja yang selama ini diabaikan.Jadilah majikan yang cukup perihatin terhadapan pemasalahan pekerja dan bukan untuk kepentingan sendiri.Buatlah sesuatu perkara menggunakan akal fikiran dan bukan menurut perasaan. TAHNIAH!!! semua yang terlibat didalam membuat perubahan dan berjaya mengubah minda warga ST yang sekian lama dipasong oleh majikan mereka sendiri.

    BalasPadam
  3. BRAVO WARGA ST YANG MENGUNDI DAN TERSILAP UNDI,NAK LIQUID TAK LEH PULAK-KIRA UNDI ROSAK LE.SEMOGA SOKONGAN SEMUA AKAN MENGGEGARKAN
    LAGI - ST MAJIKAN PRIHATIN - DAN MEMUNTAHKAN SEGALA PEKUNG YANG SEKIAN LAMA DILIPAT KEMAS KE
    DADA UMUM.INILAH BUAH TANGAN DAN DOA DARI INSAN-INSAN YANG TERANIAYA DI DALAM ST...
    SYABAS!SYABAS!SYABAS!...

    BalasPadam
  4. akhirnya tumbang juga st nie yang dikatakan kebal selama nie...... mr naginder & anak angkatnya sharom sudah sampai masanya untuk berundur kita tidak mahu lagi kepimpinan dan idea-idea buruk serta lapuk kamu lagi. Sekarang nie tahun 2011 bukan lagi era 90 or 80 semua orang bukan boleh kamu bodohkan walaupun kemenangan tipis tapi ini majoriti yang datang mengundi memilih ahli kesatuan kemenangan pihak berdasarkan mereka yang tidak hadir untuk mengundi. Pada pandangan saya St bukan syarikat zalim dan tidak prihatin kepada pekerja syarikat ini bagus tetapi kepimpinan pihak pengurusan yang didalangi oleh orang tempatan sendiri yang menyebabkan nama syarikat ini buruk, perkara ini berlaku lebih teruk bermula era komunis mr sonny wee.... sehingga era pencacai/pengampu mr naginder. Kesimpulannya tiada apa yang kekal didalam dunia nie hanya amalan baik sahaja yang akan kekal dan dikenang oleh mereka2 yang akan datang.

    wasalam; tahniah pekerja st semua anda semua pengundi yang bijak dan matang dalam menentukan masa depan semua warga st. Syukur alhamdulilah

    AMIN.

    BalasPadam
  5. tahniah buat kesatuan kerana berjaya membuka minda pekerja st dan berjaya penubuhankan kesatuan sekerja di st ini. Harapan saya perkara pertama yang pihak persatuan perlu lakukan ialah berkenaan kerja 12 jam di st nie. Perkara ini perlu dikaji kerana kami bekerja seminggu 60jam dimana 4 hari bekerja 2 hari cuti, 1 hari lagi ? memang nampak pendek waktu bekerja tetapi dalam seminggu ada 7 hari jadi sebenarkan kami bekerja 5 hari dalam seminggu selama 12 jam.

    ST ada menyatakan 1 hari diberikan overtime iaitu pada hari Ahad sekira waktu bercuti dalam shift jatuh pada ahad; maka tiada overtime untuk 1 hari tersebut. System yang dibuat itu tidak adil. Dan paling menyakitkan sekali ialah apabila waktu cuti pekerja shift bertembung dengan cuti am dimana tiada gantian untuk hari tersebut kecuali ianya jatuh pada hari ahad sahaja.

    Apa yang harapkan ialah kami mahu bekerja seperti shift yang asal iaitu bekerja selama 8 jam sahaja. Jika dahulu kegawatan ekonomi menyebabkan system shift 8 jam dibubarkan atas dasar kekurangan pekerja tetapi sekarang jumlah pekerja st sudah bertambah lebih ramai dari sebelum shift 8 jam dibubarkan . Saya betul-betul berharap system kerja ini ada tugas pertama yang perlu dikaji oleh pihak persatuan terlebih dahulu.

    sekian terima kasih

    BalasPadam
  6. Tahniah kerana menang besar.... tetapi perlu diingat ini hanyalah langkah pertama. Kesatuan perlulah membuktikan dan bertanggungjawab terhadap kepercayaan pekerja ST kepada anda. Teruskan perjuangan anda.
    sekian erima kasih

    BalasPadam
  7. seperti yang kita tau st adalah sebuah kilang antara yang terbesar dalam malaysia...kilang besar tapi pengurusan macam tak pro.jika st adalah majkan no 1 dalam malaysia dan naginder menganggap gaji yang diberikan rm 600 adalah yang terbesar dalam malaysia (kalah intel,ti dan mcm2) kenapa perlu takut kesatuan masuk..ni menunjukan pekerja st dah tak tahan dengan pengurusan st..apa dia nak buat dia buat..dia ingat kitani tak otak ,bodoh dari semua segi, tak tau yang diorg dah makan duit st..skg kita bukak buku baru, dan kesatuan perlu memainkan peranan dan semua hal kebajikan pekerja yng tertindas..slam

    BalasPadam
  8. Apa yang diharapkan sekarang nie, kesatuan perlu memantau setiap perkembangan yg berlaku di ST, jgn ada idea2 luarbiasa seperti sebelum ini yg dilaksanakan oleh pihak pengurusan dimana setiap perlaksanaan hanyalah mengikut logik mereka dan bukannya hasil pandangan semua pihak. Diharapkan tiada lagi pembuangan pekerja diatas kesalahan2 yg tidak munasabah.Buktikan kpd warga ST bahwa Kesatuan mampu menyelesaikan segala pemasalahan yg membelenggu mereka.

    BalasPadam
  9. kita jgn anggap kemenangan kesatuan sbgi balasan dendam kpd syarikat. Ini lbh kpd suatu pengajaran pd mreka2 yg slame nie x menghormati pekerja mcm kita. Peringatan supaya mereka lbh bersifat manusiawi. Jgn diingat jawatan yg ada membolehkan mreka menongkat langit. dunia nie kecik aje. hari nie kita kat bawah, esok lusa?
    kita akan hormat mereka klu mereka hormat kita sebagai pekerja.

    BalasPadam
  10. Betul apa yang dikatakan seperti di atas jangan jadikan kesatuan sebagai tempat untuk membalas dendam tapi kesatuan perlu memainkan peranan supaya kami di st tidak lagi diperbodohkan dan merompak masa kami seperti yang berlaku sekarang ini.

    Untuk pengetahuan pihak kesatuan masa kerja kami telah dirompak oleh komunis-komunis nie selama 2 tahun apabila system 12 jam ini dimulakan.Tolong kaji balik system yang sedia ada.

    BalasPadam
  11. apakah tindakan selanjutnya dari pihak ksiewssm untuk membantu pekerja2 stmicro? adakah tindakan susulan akan dipantau oleh ksiewssm bagi memastikan hak kami di stmicro terbela? apakah tuntutan yang bakal diketengahkan oleh ksiewssm? sudah lama kami dipermain2kan oleh pihak professional kerana mengganggap diri mereka kebal dan mengabaikan peraturan labour law sekian lamanya.

    BalasPadam
  12. Slm sejahtera..dah 3 bulan perbincangan tentang kenaikan gaji berlarutan antara pihak kesatuan dan ST..diharapkan pihak kesatuan berpendirian tegas memperjuangkan janji yg telah ditaburkan kepada semua pengundi..

    BalasPadam