...KESATUAN BERJUANG BAGI MENDAPATKAN TANGGA GAJI YANG BERPATUTAN, TEMPAT KERJA YANG SELAMAT SERTA SELESA DAN TIADA DISKRIMINASI...

Sabtu, 15 Januari 2011

34% Pekerja Bergaji Dibawah RM700 Sebulan (TheStar: 6/8/2010)

Satu kajian yang dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia telah mendedahkan bahawa lebih kurang 34% dari jumlah 1.3 juta pekerja di Malaysia memperolehi kadar gaji dibawah RM700 sebulan yang mana ianya berada dibawah paras garis kemiskinan iaitu RM720 sebulan.
Menterinya Datuk S. Subramaniam berkata, kajian yang dilakukan pada tahun lepas menunjukkan terdapat keperluan untuk menaikkan gaji pekerja terutama apabila Kementerian mendapati adalah sukar untuk bergantung kepada keadaan pasaran tenaga sahaja.
Beliau juga menyatakan bahawa penyelidikan oleh Bank Dunia mendapati, trend gaji di Malaysia hanya menunjukkan peningkatan tahunan sebanyak 2.6% sahaja sepanjang 10 tahun kebelakangan, berbanding dengan kadar peningkatan kos taraf hidup sepanjang tempoh yang sama.
"Pihak Kerajaan bersetuju agar kadar gaji/upah perlu dinaikkan," beliau berkata kepada pemberita. Beliau juga menegaskan bahawa kebanjiran pekerja warga asing juga menjadi salah satu faktor sebab tiada kenaikan gaji sepanjang tempoh tersebut.
"Pekerjaan yang berkemahiran akan dibayar gaji yang agak tinggi(berpatutan). Tetapi, kebanyakan majikan tidak membayar gaji mengikut kemahiran tersebut tetapi lebih bergantung kepada pekerja warga asing yang kurang berkemahiran," Ujar beliau.
Dr. Subramaniam berkata beliau akan membentangkan cadangan Kementeriannya terhadap penetapan gaji minima kepada Kabinet pada Oktober. Walaubagaimanapun, beliau menegaskan bahawa Kementeriannya belum membuat keputusan sama ada penetapan ini akan berlaku pada peringkat Nasional, Wilayah atau Sektor yang terlibat.
Terdapat pelbagai pandangan dan beza pendapat terhadap cadangan tersebut dimana sebahagian beranggapan bahawa penetapan gaji minimum akan menyebabkan tiada daya saing pekerja, peningkatan inflasi dan tidak boleh mengurangkan taraf diantara yang kaya dan yang miskin. Tetapi ada juga berpendapat bahawa dengan penetapan gaji minimum ini akan meningkatkan produktiviti dan kualiti pekerja. (Laporan dari Bernama)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan