Setiap kali berlaku kenaikan harga barangan, setiap kali itulah kaum pekerja khususnya diperingkat bawahan akan menanggung kesannya. Boleh dikatakan sepanjang tahun, ada sahaja harga barangan mahupun perkhidmatan dinaikkan harga tetapi malangnya kenaikan gaji pekerja hanya berlaku sekali setahun dan itupun bergantung kepada keadaan ekonomi syarikat, penilaian pegawai atasan. Ada juga yang langsung tidak mendapat kenaikan gaji!.
Setiap bulan, kita akan mengeluarkan perbelanjaan harian, persekolahan anak-anak dan sebagainya. Adakalanya perbelanjaan tersebut tidak mencukup sehingga mencapai waktu gaji berikutnya dan dengan setiap kali berlaku kenaikan harga, ini bermakna perbelanjaan tersebut terpaksa bertambah dan ia akan menjadi bebanan kepada pekerja yang bergaji rendah dan sederhana. Kuasa membeli semakin berkurangan dan ramai yang terpaksa meminjam dari keluarga, sahabat, bank dan lebih teruk lagi dengan lintah darat.
Hari ini, kita mungkin tidak berapa kisah tentang kenaikan 20 sen harga bagi gula dan 5 sen bagi harga minyak, tetapi terdapat ura-ura untuk menaikkan takrif elektrik pula. Harga air bagi negeri Johor secara kita tidak sedari telahpun dinaikan. Apakah kita akan terkesan dengan kenaikan harga barangan asas keperluan ini? Cukupkah gaji yang kita perolehi ini untuk perbelanjaan dan simpanan?
Terdapat juga kata-kata sinis dari orang yang tidak menggunakan akal fikiran atau orang tersebut hanya mementingkan diri sendiri bahawa “Kenaikan harga barangan tidak memerlukan kenaikan gaji pekerja, kerana akan menjadikan kadar inflasi lebih teruk”. Sekiranya para pekerja bawahan sekarang telahpun mendapat gaji sekitar RM1200 –RM1500 , apakah sudah cukup? Kenaikan gaji yang diminta untuk pekerja berbelanja mewah ataupun boros, tetapi mereka perlukan kewangan untuk SARA HIDUP. Apakah dengan gaji RM500-RM600 sebulan cukup? Jika sebegitu sekali pandangan “penganalisa” ekonomi, elok lah sekiranya gaji mereka “disedekahkan” kepada mereka yang lebih memerlukan.
Ini melibatkan ekonomi pekerja itu sendiri. Dengan kebarangkalian tiada simpanan yang dapat ditabung setiap bulan, akhirnya pekerja mungkin akan terbelenggu dengan beban hutang dikeliling pinggang. Janganlah hanya suruh pekerja yang bergaji rendah ini berbelanja ala kadar dan berjimat cermat, tetapi para “pengaji” tinggi berbangga berbelanja boros dan mewah kerana mereka langsung tak terkesan dengan harga barang. Apa yang mereka tahu hanya memerah tenaga pekerja tersebut supaya mereka boleh berbelanja mewah lagi secara berterusan. Jangan pula apabila pekerja bawahan tidak mempunyai sumber lagi, mereka akan memikirkan untuk melakukan jenayah seperti merompak dan mencuri pula demi sesuap nasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan