Walaubagaimanapun, adalah menjadi harapan daripada KSIEWSSM sebagai ahli gabungan MTUC, untuk melihat MTUC menjadi lebih kuat, kukuh, bersatu dan lebih vokal dalam menghadapi tiga tahun mendatang. Ia juga akan menjadi contoh kepada KSIEWSSM dan Kesatuan Sekerja lain dalam gerak kerja memperjuangkan nasib dan kebajikan para pekerja di Malaysia.
KSIEWSSM berharap MTUC selepas ini akan terus-terusan mencari penyelesaian terhadap:
- dasar gaji minimum bagi pekerja swasta,
- undang-undang pekerja yang lebih adil,
- masalah pengangguran dan lambakan pekerja asing,
- program persaraan untuk pekerja swasta
- hal-hal berkaitan upah, bonus dan insentif,
- keadaan tempat kerja dan sebagainya.
Bagi para calon yang bertanding untuk merebut jawatan perlu pastikan bahawa setiap janji yang ditaburkan untuk memperolehi undi boleh dilaksanakan dengan berkesan dan tidak mengharapkan sebarang "lubuk" yang menguntungkan diri sendiri sahaja.
Akhir kata, KSIEWSSM mengucapkan Selamat Maju Jaya, Selamat Bertanding dan semoga dapat memberikan khidmat yang terbaik untuk kebajikan Pekerja seluruh Malaysia.
Sdr. Rizuan Bin Zainal,
Setiausaha Agung KSIEWSSM
26/12/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan