...KESATUAN BERJUANG BAGI MENDAPATKAN TANGGA GAJI YANG BERPATUTAN, TEMPAT KERJA YANG SELAMAT SERTA SELESA DAN TIADA DISKRIMINASI...

Sabtu, 20 November 2010

1st IMF & EIEU (SOUTHERN REGION) WORKSHOP

KSIEWSSM dan IMF dengan julung kalinya telah berjaya menganjurkan worksyop secara bersama pada 20 dan 21 November bertempat di Hotel Good Hope, Johor Bahru. Ini adalah usaha pertama yang berjaya diadakan dengan kehadiran lebih dari 20 orang dari pelbagai syarikat dan negeri.
P1000104
Worksyop ini bertujuan untuk mendedahkan kepada majoriti ahli tentang;
  • Kesatuan Sekerja, kelebihan dan faedah menyertai Kesatuan Sekerja,
  • Pengenalan kepada IMF dan KSIEWSSM,
  • Sejarah dan Perjuangan Pergerakan Buruh,
  • Bagaimana untuk memperkuat dan memperkukuhkan Kesatuan Sekerja,
  • Cabaran Kesatuan Sekerja
  • Tuntutan Pengiktirafan (Recognition Claim),
  • Perjanjian Bersama (Collective Agreement),
  • Akta Kerja dan Hak Pekerja di Malaysia
  • Organizing and Mapping Strategies
Sdr Arunasalam
Antara penceramah yang memberikan pengetahuan yang berguna buat ahli adalah; Sdr Arunasalam.P (IMF Regional Representative) dan Sdr. Mohd Salleh (Pegawai Penyelaras KSIEWSSM). Presiden KSIEWSSM memulakan bengkel dengan gesaan kepada peserta untuk bersatu tenaga, masa dan wang ringgit untuk memajukan dan mengukuhkan KSIEWSSM dalam menghadapi cabaran mendatang.

P1000096
Pelbagai ilmu pengetahuan berkenaan hak buruh, perbincangan dan pendapat terbuka antara peserta dan penceramah telah diadakan secara berkesan dan ianya dibuat didalam suasana harmoni dan tidak formal. Worksyop ini juga dapat mengetahui setiap masalah yang dihadapi oleh pekerja di perusahaan masing-masing. Worksyop juga telah disampaikan dalam Bahasa Malaysia yang mudah difahami oleh kesemua peserta. 
Perkara yang amat dititikberatkan oleh penceramah adalah kesedaran untuk setiap pekerja bersatu, bergabung dan bekerjasama antara satu sama lain. Ini adalah penting kerana Kesatuan itu sendiri wujud atas sebab pekerja yang bersatu hati.
Disini pihak KSIEWSSM mengucapkan ribuan terima kasih kepada IMF terutama Sdr. Arunasalam.P kerana penganjuran bersama ini. Bagi KSIEWSSM, diharap agar worksyop seperti ini dapat diadakan dilain masa dan dengan lebih banyak lagi penyertaan ahli.
Akhir kata... 
HIDUP PEKERJA!!!
HIDUP BURUH HIDUP!!!
WHEN WE FIGHT!!!, WE WIN!!!, WE WIN!!!, WE WIN!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan