...KESATUAN BERJUANG BAGI MENDAPATKAN TANGGA GAJI YANG BERPATUTAN, TEMPAT KERJA YANG SELAMAT SERTA SELESA DAN TIADA DISKRIMINASI...

Ahad, 5 September 2010

Kebergantungan terhadap Pekerja Asing Membimbangkan!

Secara majoritinya, majikan amat bergantung kepada pekerja asing iaitu sekurang-kurangnya hampir 60% dari jumlah pekerja mereka adalah pekerja asing. Ini amat membimbangkan kerana disebabkan pekerja ini dibayar dengan amat murah dan boleh dan senang dikawal oleh majikan. Ia berlainan dibandingkan dengan pekerja tempatan yang mana, kadar "turn-over" mereka amat tinggi dimana antara faktor-faktor penyebab adalah:
  • Kadar gaji yang dibayar amat rendah; sebagai perbandingan ~ seseorang pekerja di sektor perkilangan dibayar dengan kadar RM450 ~ RM600 sebulan, manakala sekiranya seseorang itu bekerja secara sambilan atau di restoran makanan segera, mereka dibayar pada kadaran RM4/jam atau RM35/hari. Mereka tidak perlu bekerja lebih dari 8 jam untuk memperolehi kadar gaji lebih dari RM700 sebulan!.
  • Persekitaran tempat kerja yang tidak selamat, selesa dan sihat; terdapat majikan yang tidak mengendahkan tentang keselamatan, keselesaan dan kesihatan pekerja ditempat kerja. Kadang-kala, isu ini tidak mendapat perhatian majikan dan mereka hanya memenuhi syarat jika terdapat penilaian jabatan terbabit atau sekiranya terdapat kemalangan ditempat kerja.
  • Waktu kerja; terdapat kes dimana pekerja dipaksa bekerja lebih masa dan tindakan disiplin diambil bagi pekerja yang ingkar. Kerja lebih masa disatu perkara amat diperlukan oleh sesetengah pekerja tetapi ianya sepatutnya boleh dibuat perbincangan antara pekerja dan majikan.
  • Diskriminasi; menjadi satu dari masalah utama yang dihadapi oleh para pekerja. Majikan mengamalkan dasar diskriminasi dari segi bangsa (kaum), jantina, agama dan sebagainya. Sering berlaku dimana seseorang pekerja yang berkemahiran tetapi tidak diberikan perhatian atau penghargaan khusus kerana disebabkan diskriminasi ini.

Majikan yang menghadapi masalah ini mengambil jalan mudah dan pintas iaitu dengan mengambil pekerja warga asing ataupun secara kontrak . Majikan menganggap dengan pengambilan pekerja warga asing dan kontrak ini akan menyelesaikan masalah mereka, tetapi ianya akan menyebabkan:
  • Masalah penggangguran dikalangan pekerja warga tempatan,
  • Masalah sosial yang dibawa oleh pekerja asing,
  • Masalah penyakit berjangkit dan sebagainya.
Perkara berlaku sekarang ini amat membimbangkan dan tidak mustahil jika dimasa hadapan, pihak majikan akan menggaji keseluruhan operasi mereka kepada pekerja asing. Pihak KSIEWSSM memandang serius terhadap perkara ini dan berharap Kerajaan dan juga majikan bersama-sama membendung genjala pengambilan pekerja asing ini agar warga tempatan dapat digajikan dengan bayaran yang setimpal, tempat kerja yang selamat, tiada diskriminasi dan tidak perlu bersaing dengan warga asing untuk mendapatkan kerja yang stabil.

Pada hari ini, mungkin kadar 60% pekerja asing tidak sangat membimbangkan, tetapi trend dan masalah yang selesaikan oleh majikan (dengan kebenaran Kerajaan) seolah-olah ia menjadi api dalam sekam dan merebak dengan senyap. Dan ya, pekerja asing mungkin akan menyebabkan majikan membayar gaji yang lebih murah, pekerja asing tidak takut dengan risiko kemalangan tempat kerja, tiada masalah dengan diskriminasi dan tidak kisah dengan waktu kerja yang ditetapkan.

Masalah ini akan dapat diselesaikan dengan cara lebih berhemah dan lebih praktikal iaitu dengan menilai kembali kadar gaji yang lebih sesuai dan berpatutan, situasi tempat kerja yang selesa serta selamat, dan waktu kerja yang lebih praktikal bagi menjamin produktiviti, suasana tempat kerja harmoni dan lebih stabil.

2 ulasan:

  1. Yg pentingnya hak rakyat tempatan tidak dinafikan.. macam sesetengah kes di penang dulu, buang pekerja tempatan semata2 nak ambil pekerja asing kerana nak kurangkan kos.. mana tanggungjawab sosial majikan terhadap rakyat tempatan.. mmg pekerja asing rajin , tapi diorang ni juga manusia, di perlakukan seperti hamba di sini, sikap majikan kini yang hanya mementingkan keuntungan..

    Kerajaan nk amik warga asing untk bkeje di dalam negara tiada slh nye.. sdh mmg ada akta untk mggji pekeje asing..tapi issu skarg gj pkok warga asing tidak wjar setaraf ngn pekeje tmpatan... issue mcm ni la yg kite wrga negara malasia skarag mengeluh.. tahap kewarganegaraan kite sudah tiada nilai nye...

    BalasPadam
  2. Listen!Listen!Listen! Hello Kerajaan,Majikan..

    Pernah terfikir kenapa kbykan warga asing selalu melakukan keje dgn bsunggh2..,rajin la sangat konon..puuiii laaa...x semua rajin laa... dn org tempatan di label suka main2..malas kerja.. bole x awk fikr knape wrga asing btul2 buat keje..?KALAU BUKAN SEBAB MEREKA 'TERPAKSA SAHAJA... KALO X MEREKA AKAN DI HANTAR BALIK KE NEGARA ASAL.. sbb keje tidk memuskn hti majikn...itu pasal kenape wrga asing trlbih rajin d negara kite. ..kerana kes 'TERPAKSA,COZ KAT NEGARA ASAL X ADA PELUANG PEKERJAAN SELAIN HARI2 TANAM ANGGUR JER...
    Isunye taraf warganegara tidak terbela..gaji da sama taraf ngan depa.

    BalasPadam