...KESATUAN BERJUANG BAGI MENDAPATKAN TANGGA GAJI YANG BERPATUTAN, TEMPAT KERJA YANG SELAMAT SERTA SELESA DAN TIADA DISKRIMINASI...

Isnin, 17 Januari 2011

Alasan: Kenapa Gaji Pengawal Keselamatan Tak Patut Naik - MEF (Dari Malaysian Insider)

Gaji minima Pengawal Keselamatan akan menyebabkan pembuangan kerja, menurut MEF

January 15, 2011
KUALA LUMPUR, Jan 15 — Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) memberikan amaran, akan ada pengawal keselamatan akan dibuang kerja kerana penguatkuasaan polisi gaji minimum terhadap pengawal keselamatan.
Ketua Pengarah Jabatan Buruh, Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohammed berkata, seramai lebih daripada 100,000 pengawal keselamatan diseluruh negara akan dibayar sekurang-kurangnya RM700 pada bulan ini sebagaimana polisi gaji minimum ini dikuatkuasakan pada 1 Januari lalu.
"Kemungkinan, salah satu cara syarikat keselamatan untuk menanggung peningkatan kos adalah dengan mengurangkan pekerja mereka," Ulas Shamsuddin kepada The Malaysian Insider.
"Tetapi jika mereka mengurangkan pekerja, pelanggan akan merungut. Ini akan menjadikan sukar untuk syarikat tersebut bersaing. Jika mereka tidak boleh menanggung dan mengimbangi kos tersebut, besar kemungkinan mereka terpaksa gulung tikar bagi mengelakkan kemungkinan disaman oleh pelanggan mereka," tambah beliau.
Shamsuddin menambah bahawa syarikat keselamatan tidak boleh menaikkan bayaran perkhidmatan mereka kepada pelanggan sedia ada kerana disebabkan oleh perjanjian terdahulu.
"Kebiasaanya, perjanjian dibuat untuk jangkamasa panjang, umpamanya 2-3 tahun sebelum mereka perlu berbincang untuk menilai semula perjanjian tersebut. Maka, mereka tidak boleh memindahkan kos tersebut untuk ditanggung oleh pelanggan," ujar Shamsuddin.
Mengikut skim gaji baru, Shamsuddin berkata kadar gaji bersih pengawal keselamatan boleh mencecah diantara RM1,100 dan RM1,400.
Beliau juga berkata ahli MEF membuat rungutan terhadap segelintir syarikat keselamatan yang menaikkan kos mereka. "6 bulan tidak cukup masa untuk berunding berkenaan dengan kontrak,"kata Shamsuddin.
"Pelanggan akan berkata 'anda telah bersetuju dengan saya. Itu masalah anda, bukan masalah saya," beliau menambah.


Oktober lepas, Perdana Menteri berkata semasa membentangkan Budget 2011 bahawa gaji pengawal keselamatan akan diberikan gaji minimum diantara RM500 and RM700 bermula Januari 2011, bergantung kepada lokasi.
Polisi gaji minimum untuk pengawal keselamatan sepatutnya dikuatkuasakan pada Julai 2010 tetapi ditangguhkan. Ia disebabkan oleh Security Services Association of Malaysia (SSAM) menegaskan polisi ini akan menyebabkan 300 syarikat keselamatan bumiputra gulung tikar.
Hari ini Shamsuddin berkata gaji minimum akan menyebabkan persaingan yang tidak dijangka disebabkan syarikat keselamatan terpaksa memastikan operasi mereka menguntungkan walaupun dihambat dengan kos yang tinggi.
"Ini seperti perjuangan untuk hidup," kata beliau lagi. "Jika anda tidak ada daya saing yang cukup, anda terpaksa tutup kedai. Ini bukan tujuan mereka, tetapi disebabkan tindakbalas terhadap penguatkuasaan (kerajaan) ini,"beliau menambah.
Shamsuddin juga menegaskan bahawa polisi gaji minimum ini, dimana sesetengahnya berpendapat bahawa ianya akan meningkatkan taraf hidup, kemungkinan besar akan berlaku sebaliknya.
"Mereka (pengawal keselamatan) akan kehilangan kerja... disebabkan ketiadaupayaan majikan untuk menanggung peningkatan kos. Kita tidak akan ada gaji untuk diperkatakan selepas ini," kata Shamsuddin.
Ulasan KSIEWSSM...

- Inilah topeng sebenar para majikan. Setelah bertahun mereka mengaut keuntungan disebabkan gaji tidak naik, tidak tetap, pekerja boleh ditukar ganti, penggunaan pekerja asing yang murah dan sebagainya, tidak pernah diungkit dan diceritakan.Tetapi apabila kadar gaji minimum mahu dikuatkuasakan dan ianya masih boleh dikira masih rendah, sudah pelbagai alasan yang didengari dari pihak majikan.
- Ini baru gaji pengawal keselamatan... apakah yang akan terjadi apabila gaji pekerja swasta terutama sektor elektronik dikuatkuasakan menjadi gaji minimum?

Apakah cita-cita untuk menjadikan Malaysia, negara berpendapatan tinggi akan jadi angan-angan Perdana Menteri sahaja?

Apakah MEF ini mewakili syarikat yang hanya tahu untuk mengaut untung saban tahun tetapi apabila dijangkakan akan berlaku kenaikan kos kerana gaji meningkat, mereka terpaksa tutup? Cukup cekap mereka berniaga dengan cara ini. Pihak Kerajaan seharusnya memantau supaya keadaan ini tidak berlaku kerana ini merupakan penganiayaan kepada kaum pekerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan