...KESATUAN BERJUANG BAGI MENDAPATKAN TANGGA GAJI YANG BERPATUTAN, TEMPAT KERJA YANG SELAMAT SERTA SELESA DAN TIADA DISKRIMINASI...

Jumaat, 28 Januari 2011

Gambar-gambar Situasi Undi Sulit

Banner KSIEWSSM: Perubahan pada kertas undi sebenar menjadi "AHLI KESATUAN"

Banner promo KSIEWSSM

Para Pekerja berpusu untuk menunaikan tanggungjawab dan hak mereka.

Kaunter Pertanyaan dan Pusat Pemantauan "diserbu" pekerja sebelum diarahkan ditutup.
Pimpinan KSIEWSSM (dari kiri: Sdr. Faidzul (Presiden), Sdr Rizuan (S/U Agung) dan Sdr. Othman (Tim. Presiden)

Pekerja yang pulang jam 7.00pagi, sanggup tunggu hingga jam 9.00pagi untuk mengundi.

Perutusan KSIEWSSM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setelah mengharungi perjalanan masa hampir 6 bulan bagi memperolehi pengiktirafan dari syarikat STMicroelectronics (mewakili pekerja), akhirnya ia dapat diterjemahkan melalui kemenangan majoriti 57% undi sulit yang dijalankan pada 27hb Januari 2011 yang lepas. Meskipun terdapat sedikit gangguan dan kekecohan, proses ini dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Semua pihak dapat mengawal keadaan dengan baik dan aman. Ini sangat demokratik dan kredit patut diberikan kepada semua pihak yang terlibat (JPP, STM, para pekerja dan ahli KSIEWSSM). Oleh kerana itu terima kasih kepada Sdr. Naginder dan Sdr. Shahrum dari HR kerana dapat bekerjasama dengan baik.

Buat para pekerja dan ahli kesatuan, kemenangan ini bagi pihak Pekerja STM melalui KSIEWSSM, bukan satu lesen untuk mereka menentang majikan. Ini adalah anggapan yang salah sama sekali. Pekerja dan ahli perlu terus bekerjasama dan akur dengan setiap peraturan majikan. Mereka juga diingatkan supaya dapat meningkatkan produktiviti dan amalan kerja yang baik. Majikan perlu dihormati dan ini akan mewujudkan suasana yang harmoni dan baik. Biarlah pihak KSIEWSSM berbincang dan berunding dengan majikan selepas ini. KSIEWSSM percaya majikan lebih terbuka dan menerima perbincangan yang baik.
Buat pihak Majikan (STMicroelectronics), KSIEWSSM berharap agar dapat menerima dan menghormati pilihan pekerja mereka dengan hati yang terbuka. Pekerja tidak bermusuh dengan majikan, tetapi mereka merasakan mereka perlukan pembelaan yang sewajarnya dan mereka merasakan bahawa dengan adanya Kesatuan Sekerja mewakili mereka ini dapat mengimbanginya.

Pihak KSIEWSSM merasakan perlunya kedua-dua pihak iaitu Kesatuan (pekerja) dan majikan (STM) untuk membina “jambatan” dan bukannya memusnahkan “jambatan” perhubungan yang harmoni. Perhubungan harmoni ini perlu diwujudkan dan dipraktikkan demi kepentingan bersama. Pekerja melalui Kesatuan sedia berunding dan bertolak ansur dengan majikan sekiranya hubungan harmoni ini dapat dijalankan dengan baik.
Manakala, buat pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP), ribuan terima kasih atas peranan “orang tengah” yang dijalankan sebelum dan semasa proses undi sulit ini dijalankan. Kerjasama dari Ketua Pengarah, Pengarah Negeri, Penolong Pengarah dan para Pegawai amat dihargai oleh Kesatuan.

Akhir sekali, tahniah sekali lagi kepada para pekerja dan ahli kerana berjaya menunaikan hak seorang pekerja yang baik. Bekerjalah seperti biasa dan patuhilah peraturan syarikat. Tiada syarikat, tiada pekerja dan tiada pekerja, tiadalah syarikat. Kedua-duanya saling memerlukan dan KSIEWSSM percaya hubungan baik ini akan berterusan dan lebih harmoni.
Sekian,

Dari Pekerja Untuk Pekerja,

Faidzul Zainal,
Presiden (KSIEWSSM), dan

Rizuan Bin Zainal,
Setiausaha Agung KSIEWSSM
Mewakili pekerja, ahli Kesatuan, Exco dan Pegawai Kesatuan.

Rabu, 26 Januari 2011

Laporan situasi Undi Sulit STMicroelectronics

Laporan situasi
6.15pagi – Majlis Eksekutif yang terdiri daripada Presiden, Tim. Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari dan Exco berserta dengan Pegawai Kesatuan tiba di perkarangan perusahaan STMicroelectronics untuk memasang banner dan khemah pemantau.
6.30pagi – Pekerja yang menaiki pengangkutan bas kilang mula sampai untuk bertugas. Seperti yang dijangkakan, pihak pengurusan STMicroelectronics telah mengarahkan bas pengangkutan pekerja untuk masuk ke dalam kilang dan menurunkan pekerja mereka.
7.00pagi – Pekerja pada shif malam pulang dari kerja. Kebanyakkan mereka bermundar mandir di bahagian hadapan kilang kerana menunggu masa pengundian.
7.30pagi – Kaunter pertanyaan dan Pusat Pemantauan Undi Sulit KSIEWSSM mula menerima pelbagai pertanyaan berkenaan senarai nama.
7.50pagi – Pengurusan STMicroelectronics membuat aduan kepada pihak Polis dan Polis telah cuba untuk mengarahkan Exco dan Pegawai KSIEWSSM untuk beredar dari kawasan pemantauan atas sebab “perhimpunan haram” dan menghalang lalulintas.
8.00pagi – Pegawai Kesatuan berbincang dengan Pegawai Polis berkenaan dengan undang-undang buruh yang membenarkan kempen undi sulit ini berlangsung.
8.12pagi – Naginder dan Shahrom kelihatan mundar mandir dihadapan balai pengawal keselamatan.
8.17pagi – Kehadiran seramai 5 anggota polis memerhatikan dan mengambil gambar setiap pegawai dan Exco KSIEWSSM.
8.30pagi – KSIEWSSM masih menerima pelbagai pertanyaan berkenaan dengan senarai nama mengundi. Ini menunjukkan bahawa senarai nama (Lampiran A1) yang sepatutnya dipamerkan tetapi tidak dituruti oleh STMicroelectronics.
9.00pagi – Majlis Perbandaran Muar menerima aduan dari STMicroelectronics dan menggesa supaya khemah dan banner Kesatuan dibuka. Walaupun pegawai cuba berbincang, tetapi KSIEWSSM terpaksa menurut arahan tersebut.
10.30pagi – KSIEWSSM menerima aduan dari pekerja shift T1 bahawa pekerja yang berehat (teabreak) dihalang dari membuang undi.
10.45pagi – Terdapat pekerja yang sepatutnya layak mengundi tetapi namanya tidak disenaraikan.
10.50pagi – Wakil IMF South East Asia, Sdr.Arunasalam tiba dan kehadiran beliau untuk menunjukkan sokongan kepada Pekerja yang akan membuang undi.
11.00pagi – Sdr. Aruna berjumpa dengan Naginder Singh dan dibawa masuk ke dalam kilang.

Laporan bersambung….

10.30pagi - 1.30tghari - Pekerja sedang rancak membuang undi semasa waktu rehat.
1.30tgh-5.00ptg - Kehadiran pekerja untuk membuang undi berkurangan. Mereka datang secara berkelompok.
6.00ptg - 7.00ptg - Pengundian kembali rancak kerana shift yang berikutnya mula datang secara berpusu-pusu. Maklumat awal diperolehi, Kesatuan memerlukan lebih kurang 500 undi baru kerana pada setakat jam 5.00 ptg, kadar yang keluar mengundi dianggarkan lebih kurang 1,200 orang.

Laporan bersambung...

8.00-9.00mlm - pengundian masih dijalankan dan masih terdapat sebilangan pekerja yang masih mengundi. Jumlah semakin berkurangan.
9.00mlm - Proses pengundian secara rasmi ditutup oleh JPP. Masa rehat lima belas (15) minit diberikan sebelum kiraan dimulakan.
9.15mlm - Proses pengiraan dijalankan. KSIEWSSM diwakili oleh Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari.
10.20mlm - Proses pengiraan masih berterusan. Feedback awal mendapati KSIEWSSM memperolehi banyak undian dan berkemungkinan menang majoriti.
10.40mlm - Masih tiada apa berita yang diperolehi dari bilik kiraan undi.

Laporan bersambung...

11.36mlm - Menerima perkhabaran dari Setiausaha Agung bahawa KSIEWSSM telah memperolehi undi secara tidak rasmi sebanyak 1,600++. Laporan rasmi masih tidak diperolehi. Melalui "scanning" yang dijalankan oleh pemerhati luar, sebanyak 20 undi yang diasingkan, hanya terdapat lebih kurang 1-5% yang mengundi "BUKAN AHLI". Walaubagaimanapun jumlah yang tidak keluar mengundi adalah dianggarkan sebanyak 1,000 orang.
11.45mlm - Masih belum dapat maklum tentang jumlah undi yang diperolehi oleh KSIEWSSM. Culaan semasa pengasingan undi menunjukkan jumlah 1,600 undi. Secara tidak rasmi, KSIEWSSM memperolehi majoriti dalam anggaran 200 undi.
12.00mlm - Pengiraan kali ke-2. Walaubagaimanapun, KSIEWSSM dijangka menang secara majoriti mudah. Keputusan pada bila-bila masa...
12.30mlm - JUMLAH RASMI - UNDI YANG DIPEROLEHI 57%. TAHNIAH KEPADA SEMUA PEKERJA STMicroelectronics.

Selasa, 18 Januari 2011

Inilah Wajah Sebenar Majikan di Malaysia

Persatuan tolak gaji baru pengawal keselamatan


2011/01/18

KUALA LUMPUR: Penantian lebih 20 tahun untuk menikmati gaji baru minimum bagi kira-kira 100,000 pengawal keselamatan tempatan akhir bulan ini seperti diumumkan kerajaan tahun lalu, kini menjadi tanda tanya. Ini berikutan, mesyuarat Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) yang dihadiri 500 ahlinya di sebuah hotel Putrajaya, Khamis lalu sebulat suara memutuskan tidak menaikkan gaji minimum RM700 buat masa ini.

Ulasan KSIEWSSM:
- Mereka SEBULAT SUARA untuk tidak menaikkan gaji minimum Pengawal Keselamatan dalam mesyuarat. Dalam 500 ahli PPKKM ini, tiada satupun yang prihatin dengan pekerja mereka sendiri?
- Kaum pemodal hanya tahu untuk bermesyuarat di Hotel yang mahal-mahal, tetapi gaji pekerja mahu diberi secara ala kadar.
Ini menunjukkan mereka begitu bongkak dan angkuh terhadap pekerja mereka. Mereka hanya menawarkan perkhidmatan (langsung tiada produk) yang diguna dari pengawal keselamatan dan mengaut untung dari khidmat mereka.

Isnin, 17 Januari 2011

Alasan: Kenapa Gaji Pengawal Keselamatan Tak Patut Naik - MEF (Dari Malaysian Insider)

Gaji minima Pengawal Keselamatan akan menyebabkan pembuangan kerja, menurut MEF

January 15, 2011
KUALA LUMPUR, Jan 15 — Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) memberikan amaran, akan ada pengawal keselamatan akan dibuang kerja kerana penguatkuasaan polisi gaji minimum terhadap pengawal keselamatan.
Ketua Pengarah Jabatan Buruh, Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohammed berkata, seramai lebih daripada 100,000 pengawal keselamatan diseluruh negara akan dibayar sekurang-kurangnya RM700 pada bulan ini sebagaimana polisi gaji minimum ini dikuatkuasakan pada 1 Januari lalu.
"Kemungkinan, salah satu cara syarikat keselamatan untuk menanggung peningkatan kos adalah dengan mengurangkan pekerja mereka," Ulas Shamsuddin kepada The Malaysian Insider.
"Tetapi jika mereka mengurangkan pekerja, pelanggan akan merungut. Ini akan menjadikan sukar untuk syarikat tersebut bersaing. Jika mereka tidak boleh menanggung dan mengimbangi kos tersebut, besar kemungkinan mereka terpaksa gulung tikar bagi mengelakkan kemungkinan disaman oleh pelanggan mereka," tambah beliau.
Shamsuddin menambah bahawa syarikat keselamatan tidak boleh menaikkan bayaran perkhidmatan mereka kepada pelanggan sedia ada kerana disebabkan oleh perjanjian terdahulu.
"Kebiasaanya, perjanjian dibuat untuk jangkamasa panjang, umpamanya 2-3 tahun sebelum mereka perlu berbincang untuk menilai semula perjanjian tersebut. Maka, mereka tidak boleh memindahkan kos tersebut untuk ditanggung oleh pelanggan," ujar Shamsuddin.
Mengikut skim gaji baru, Shamsuddin berkata kadar gaji bersih pengawal keselamatan boleh mencecah diantara RM1,100 dan RM1,400.
Beliau juga berkata ahli MEF membuat rungutan terhadap segelintir syarikat keselamatan yang menaikkan kos mereka. "6 bulan tidak cukup masa untuk berunding berkenaan dengan kontrak,"kata Shamsuddin.
"Pelanggan akan berkata 'anda telah bersetuju dengan saya. Itu masalah anda, bukan masalah saya," beliau menambah.


Oktober lepas, Perdana Menteri berkata semasa membentangkan Budget 2011 bahawa gaji pengawal keselamatan akan diberikan gaji minimum diantara RM500 and RM700 bermula Januari 2011, bergantung kepada lokasi.
Polisi gaji minimum untuk pengawal keselamatan sepatutnya dikuatkuasakan pada Julai 2010 tetapi ditangguhkan. Ia disebabkan oleh Security Services Association of Malaysia (SSAM) menegaskan polisi ini akan menyebabkan 300 syarikat keselamatan bumiputra gulung tikar.
Hari ini Shamsuddin berkata gaji minimum akan menyebabkan persaingan yang tidak dijangka disebabkan syarikat keselamatan terpaksa memastikan operasi mereka menguntungkan walaupun dihambat dengan kos yang tinggi.
"Ini seperti perjuangan untuk hidup," kata beliau lagi. "Jika anda tidak ada daya saing yang cukup, anda terpaksa tutup kedai. Ini bukan tujuan mereka, tetapi disebabkan tindakbalas terhadap penguatkuasaan (kerajaan) ini,"beliau menambah.
Shamsuddin juga menegaskan bahawa polisi gaji minimum ini, dimana sesetengahnya berpendapat bahawa ianya akan meningkatkan taraf hidup, kemungkinan besar akan berlaku sebaliknya.
"Mereka (pengawal keselamatan) akan kehilangan kerja... disebabkan ketiadaupayaan majikan untuk menanggung peningkatan kos. Kita tidak akan ada gaji untuk diperkatakan selepas ini," kata Shamsuddin.
Ulasan KSIEWSSM...

- Inilah topeng sebenar para majikan. Setelah bertahun mereka mengaut keuntungan disebabkan gaji tidak naik, tidak tetap, pekerja boleh ditukar ganti, penggunaan pekerja asing yang murah dan sebagainya, tidak pernah diungkit dan diceritakan.Tetapi apabila kadar gaji minimum mahu dikuatkuasakan dan ianya masih boleh dikira masih rendah, sudah pelbagai alasan yang didengari dari pihak majikan.
- Ini baru gaji pengawal keselamatan... apakah yang akan terjadi apabila gaji pekerja swasta terutama sektor elektronik dikuatkuasakan menjadi gaji minimum?

Apakah cita-cita untuk menjadikan Malaysia, negara berpendapatan tinggi akan jadi angan-angan Perdana Menteri sahaja?

Apakah MEF ini mewakili syarikat yang hanya tahu untuk mengaut untung saban tahun tetapi apabila dijangkakan akan berlaku kenaikan kos kerana gaji meningkat, mereka terpaksa tutup? Cukup cekap mereka berniaga dengan cara ini. Pihak Kerajaan seharusnya memantau supaya keadaan ini tidak berlaku kerana ini merupakan penganiayaan kepada kaum pekerja.

Sabtu, 15 Januari 2011

Laporan Akhbar (Harian Metro: 7 Jan 2011)

Ulasan Akhbar:
  • Kerajaan cuba meyakinkan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) terhadap Penetapan Gaji Minimum kerana MEF membantah keras dasar ini,
  • MEF berpendapat bahawa dengan Penetapan Dasar ini akan mampu menjejaskan perniagaan tempatan kerana ianya lebih menguntungkan pekerja yang tidak mahir terutama warga asing,
  • Kerajaan akan bertindak sebagai badan kawal selia apabila dasar ini dilaksanakan kelak dan para majikan di semua sektor terlibat wajib mematuhinya.
  • Kadar gaji sektor swasta sebelum ini ditetapkan mengikut kuasa pasaran dengan penetapan dibuat mengikut permintaan dan penawaran dalam pasaran tenaga semasa.
  • Terdapat 3 cara yang diguna pakai, 
  1. Melalui Perjanjian Bersama (Collective Agreement - CA) - dilakukan secara bersama oleh Kesatuan Sekerja dan Majikan,
  2. Melalui Kuasa Pasaran, - ditetapkan dan ditentukan sendiri oleh Majikan.
  3. Majlis Penetapan Gaji (MPG)
  • Kini terdapat 11 MPG yang bertanggungjawab menetapkan gaji minimum dan syarat pekerjaan bagi pekerja dalam sektor tertentu....

* Apa yang berlaku terhadap gaji minimum Pengawal Keselamatan?

34% Pekerja Bergaji Dibawah RM700 Sebulan (TheStar: 6/8/2010)

Satu kajian yang dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia telah mendedahkan bahawa lebih kurang 34% dari jumlah 1.3 juta pekerja di Malaysia memperolehi kadar gaji dibawah RM700 sebulan yang mana ianya berada dibawah paras garis kemiskinan iaitu RM720 sebulan.
Menterinya Datuk S. Subramaniam berkata, kajian yang dilakukan pada tahun lepas menunjukkan terdapat keperluan untuk menaikkan gaji pekerja terutama apabila Kementerian mendapati adalah sukar untuk bergantung kepada keadaan pasaran tenaga sahaja.
Beliau juga menyatakan bahawa penyelidikan oleh Bank Dunia mendapati, trend gaji di Malaysia hanya menunjukkan peningkatan tahunan sebanyak 2.6% sahaja sepanjang 10 tahun kebelakangan, berbanding dengan kadar peningkatan kos taraf hidup sepanjang tempoh yang sama.
"Pihak Kerajaan bersetuju agar kadar gaji/upah perlu dinaikkan," beliau berkata kepada pemberita. Beliau juga menegaskan bahawa kebanjiran pekerja warga asing juga menjadi salah satu faktor sebab tiada kenaikan gaji sepanjang tempoh tersebut.
"Pekerjaan yang berkemahiran akan dibayar gaji yang agak tinggi(berpatutan). Tetapi, kebanyakan majikan tidak membayar gaji mengikut kemahiran tersebut tetapi lebih bergantung kepada pekerja warga asing yang kurang berkemahiran," Ujar beliau.
Dr. Subramaniam berkata beliau akan membentangkan cadangan Kementeriannya terhadap penetapan gaji minima kepada Kabinet pada Oktober. Walaubagaimanapun, beliau menegaskan bahawa Kementeriannya belum membuat keputusan sama ada penetapan ini akan berlaku pada peringkat Nasional, Wilayah atau Sektor yang terlibat.
Terdapat pelbagai pandangan dan beza pendapat terhadap cadangan tersebut dimana sebahagian beranggapan bahawa penetapan gaji minimum akan menyebabkan tiada daya saing pekerja, peningkatan inflasi dan tidak boleh mengurangkan taraf diantara yang kaya dan yang miskin. Tetapi ada juga berpendapat bahawa dengan penetapan gaji minimum ini akan meningkatkan produktiviti dan kualiti pekerja. (Laporan dari Bernama)