Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu, KSIEWSSM melahirkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya, dapat kita bersua kembali dalam ruangan ini. Perutusan pada kali ini akan menyentuh perihal yang berlaku dalam hal ehwal KSIEWSSM keseluruhannya.
Pertamanya, sekalung tahniah kepada para pekerja Precision Manufacturing Solution (PMS), Muar dan CMKS, Pasir Gudang kerana pekerja telah sebulat suara untuk memilih KSIEWSSM sebagai wadah pergerakan pekerja. Pengiktirafan yang diberikan kepada KSIEWSSM sebagai wakil pekerja untuk seterusnya hak untuk berbincang dengan majikan masing-masing berkenaan dengan Perjanjian Bersama (Collective Agreement - CA) amat bermakna untuk pekerja itu sendiri. Ketika ini perbincangan CA untuk pekerja PMS dengan majikan dijangkakan akan berlangsung pada 24 November 2011 manakala, pekerja CMKS pula baru sahaja memperolehi majoriti melalui Undi Sulit hari ini walaupun secara rasminya masih menunggu dari pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Insya-Allah, KSIEWSSM akan segera untuk memulakan perbincangan kandungan CA dengan pekerja CMKS itu sendiri.
Kemenangan tuntutan pengiktirafan melalui Undi Sulit ini amat bermakna bagi KSIEWSSM dan pekerja itu sendiri. Sikap enggan mengiktiraf Kesatuan pada awalnya oleh majikan ibarat memalukan mereka sendiri. Kerana apa? Kerana pekerja mereka sendiri yang membuat keputusan melalui Undi Sulit!. Disamping itu, tidak mustahil juga para majikan akan mengenakan tekanan semasa tempoh tuntutan berjalan.
Sikap majikan yang berlainan dengan apa yang diistiharkan dalam Kod Amalan Sosial (Social Code of Conduct). Mereka menyatakan bahawa pekerja bebas untuk berkesatuan tetapi apabila tuntutan pengiktirafan dibuat, pelbagai alasan yang diberikan dan cuba dengan pelbagai helah untuk melambatkan proses tuntutan tersebut. Ini berlaku dan ia telah tergendala sejak 2010 lagi. Secara realitinya, syarikat seperti ini sebenarnya amat bermasalah kerana disamping tidak menghormati pilihan pekerja tetapi menekan dan mengabaikan pekerja yang berjasa dengan syarikat.
GES Manufacturing adalah salah satu daripadanya dimana Pengurus Sumber Manusia telah banyak berdolak dalih, bertindak seperti JHEKS dalam menentukan kategori pekerja yang layak mengundi semasa Undi Sulit seterusnya menafikan hak pekerja!. Hitachi PS Techno pula telah memfailkan di Mahkamah Sivil tentang keputusan JHEKS dalam menetapkan skop kerja terhadap perusahaan mereka. Sikap mereka ini pastinya akan membuakkan perasaan benci pekerja terhadap syarikat malah kepada pengurus itu sendiri. Apakah itu yang mereka mahu?
Dalam menuntut pengiktirafan sebenarnya adalah mudah dan ringkas. Tetapi sikap sesetengah pihak telah sengaja melambat-lambatkan proses ini. Salah satu contoh adalah penangguhan tarikh dimana mesyuarat untuk berbincang tentang proses undi sulit sahaja telah tertangguh lebih dari 6 kali dalam tempoh hampir 18 bulan!. Adakah majikan ikhlas dalam menjaga kebajikan pekerja?
Selain dari itu, KSIEWSSM juga menegaskan akan bersama berjuang bersama MTUC dalam membantah pindaan Akta Kerja 1955. Penilaian KSIEWSSM mendapati bahawa pindaan Akta ini akan membuatkan pendapatan pekerja tiada peningkatan, tiada masa depan serta jaminan kerja. Peranan kontraktor buruh dalam membekalkan pekerja tempatan kepada majikan prinsipal, amat tidak beradab dan terkebelakang. Ia seolah-olah mewujudkan semula sistem kanggani dalam industri swasta. Secara langsung, ianya seperti proses menjual manusia untuk keuntungan dan ia tidak bertanggungjawab!!!.
Akhir kata, KSIEWSSM berharap perhubungan pekerja, majikan dan Kesatuan akan sentiasa harmoni dan berkekalan dalam memajukan perusahaan, diri sendiri, masyarakat dan negara.
Dari Pekerja Untuk Pekerja,
Media KSIEWSSM.
24/11/2011
Khamis, 24 November 2011
Ahad, 20 November 2011
Antara Perancangan dan Realiti
Kerajaan dijangka akan mengumumkan dasar gaji minimum bagi pekerja yang berpendapatan rendah dan meliputi pekerja swasta keseluruhannya pada hujung tahun ini manakala perlaksanaannya dimatlamatkan pada awal tahun hadapan. Malang pula apabila terdapat pindaan Akta Kerja 1955 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini seolah-olah akan menjadikan jalan pintas yang mudah dan sah bagi majikan untuk culas dalam mengikuti dasar gaji minimum ini.
Benar, segala perancangan Kerajaan melalui Kementerian yang bertanggungjawab akan mencari jalan untuk membantu warga pekerja khususnya dan rakyat dalam mengharungi kos sara hidup yang semakin meningkat. Tetapi jika dasar gaji minimum diumumkan dan dikuatkuasakan, majikan dengan mudah untuk tidak mematuhinya kerana pindaan Akta Kerja tersebut!.
Antara lainnya, pekerja tetap akan ditawarkan pemberhentian secara sukarela bersama pampasan dan dalam masa yang sama majikan ini akan menawarkan pekerja tersebut pekerjaan melalui syarikat pekerja kontraktor (ikut kontrak). Tiada lagi pekerja tetap di syarikat tersebut akan diambil dan ianya tidak tertakluk dalam ketetapan dasar gaji minimum.
Secara realitinya, dasar gaji minimum ini hanya dibuat secara serentak dan dikuatkuasakan jika pindaan Akta Kerja 1955 diluluskan oleh Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara). Jalan keluar yang selamat bagi para majikan atau lebih tepat lagi, pelabur kepada "kantung" negara telah "dicipta" manakala kantung pekerja swasta tiada yang berubah atau bertambah malah status kerja mereka juga menjadi terumbang-ambing. Masakan tidak, majikan akan cuba mengurangkan kos operasi mereka dengan mengambil pekerja kontrak berbanding pekerja tetap.
Tahukah kita bahawa, dengan adanya status pekerja kontrak menggantikan pekerja tetap, majikan tidak akan;
Hilang jaminan pekerjaan, hilang punca pendapatan malah jauh sekali untuk mendapatkan gaji minimum yang diwar-warkan.
Inikah yang kita mahu untuk kita dan generasi kita akan datang? Selain bersaing dengan tenaga luar, ini pula berlaku...

- perlu membayar cuti bergaji,
- perlu membayar cuti sakit, perlindungan insurans dan bil perubatan,
- perlu memikir untuk menaikan gaji pekerja apabila tiba masanya,
- perlu untuk membayar bonus atau profit,
- perlu menjaga kebajikan pekerja jika terdapat kemalangan atau kematian
- tidak dapat menyertai atau menubuhkan Kesatuan Sekerja kerana status pekerja adalah "sub-kontraktor" kepada majikan,
- tidak tertakluk kepada sebarang perjanjian kerana hanya ada perjanjian antara majikan dan main kontraktor (oursourcing),
Hilang jaminan pekerjaan, hilang punca pendapatan malah jauh sekali untuk mendapatkan gaji minimum yang diwar-warkan.
Inikah yang kita mahu untuk kita dan generasi kita akan datang? Selain bersaing dengan tenaga luar, ini pula berlaku...
Khamis, 3 November 2011
MTUC dan Pekerja Piket Seluruh Negara (Edisi Johor)
Piket Pekerja bersama MTUC secara besar-besaran telah pun berjalan secara serentak di hampir 22 lokasi seluruh negara bermula dari sejak pukul 4.00 petang tadi. Di Johor, piket ini diadakan di Pejabat Bahagian MTUC Johor, Jalan Mata Kucing, Batu 5, Kampung Pasir dan bergerak ke kawasan perhentian bas. Terdapat hampir 150 orang pekerja hadir dan menyuarakan bantahan mereka terhadap pindaan Akta Kerja 1955 yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.
Disamping memegang hampir 5 kain rentang dan pelbagai placard, rata-rata pekerja melaungkan "Hidup Pekerja Hidup MTUC", "Tarik Balik" dan nyanyian lagu "Barisan Kita" yang diolah khas berkaitan pekerja. Tindakan ini dapat menarik perhatian orang ramai sehinggakan berlaku kesesakan jalanraya disitu.
Seperti keadaan cuaca yang agak memihak kepada pekerja, cuaca mendung dan kadang-kala gerimis menyebabkan majoriti yang hadir semakin bersemangat untuk meneruskan piket yang berakhir pada jam 6.30 petang.
Seperti mana yang dirancang oleh urusetia pengendali, piket ini berjalan dengan aman, lancar, mengikut masa dan boleh dikira agak berjaya dengan kehadiran dan kesedaran orang ramai.
Antara gambar-gambar yang telah dirakam:
HIDUP PEKERJA!!!
TARIK BALIK PINDAAN AKTA 1955!!!
Langgan:
Catatan (Atom)