Lebih malang apabila Akta yang akan menindas pekerja swasta telahpun diluluskan walaupun didebatkan selama 5 jam di Parlimen pada sebelum itu. Lebih menyedihkan, 2 ahli Parlimen (gambar) telah mengeluarkan kenyataan yang ternyata tidak menghiraukan peranan pekerja swasta. Apakah mereka ini mengamalkan double standard terhadap kaum pekerja swasta? Adakah mereka ini mewakili RAKYAT iaitu PEKERJA itu sendiri?Apakah rakyat Malaysia yang bekerja swasta akan dianggap sebagai warga kelas dua kerana tiada apa yang diperolehi dari Budget malah Akta yang jelas dan menindas akan dikenakan kepada mereka. Tiada lagi istilah "decent work" iaitu hak untuk pekerjaan akan digunakan. Malaysia akan kembali kearah sistem Kanggani sama seperti zaman pemerintahan British. Merdekakah kita dan pentingkah kita?
KSIEWSSM support MTUC NATIONWIDE PICKET (3rd Nov 2011)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan