...KESATUAN BERJUANG BAGI MENDAPATKAN TANGGA GAJI YANG BERPATUTAN, TEMPAT KERJA YANG SELAMAT SERTA SELESA DAN TIADA DISKRIMINASI...

Rabu, 27 Oktober 2010

Penyakit Akibat Pekerjaan: Tragedi yang realiti.

Baru-baru ini, sebuah pertubuhan yang membantu pekerja dalam sektor semikonduktor iaitu, Supporters for Health And Right of People in the Semiconductor industries (SHARPS) telah mengeluarkan kenyataan akhbar mendakwa bahawa 30 dari 100 pekerja Samsung Electronics (termasuk Semiconductor) yang mengidap pelbagai penyakit akibat pekerjaan telah meninggal dunia sejak dari tahun 1995.
Dalam kenyataannya menyatakan bahawa, mangsa yang berusia dari 19 sehingga 40-an tahun. Mereka meninggal dunia akibat Leukimia, barah ovari, barah limpa, barah perut, ketumbuhan dalam otak dan juga mereka mati akibat bunuh diri kerana menanggung penyakit yang tidak tertahan.
Perkara ini tidak hanya berlaku pada pekerja peringkat bawahan seperti operator, tetapi juga berlaku pada peringkat juruteknik, jurutera, sub-kontraktor dan juga mereka yang bekerja dibahagian R&D!. Ini amat membimbangkan kerana ianya juga mungkin akan berlaku diMalaysia dimana, seperti yang kita ketahui, Malaysia juga salah satu dari Negara yang sedang "galak" meningkatkan industri semikonduktor dan elektronik seperti ST Micro, Seagate, Panasonic dan sebagainya. Pasti terdapat penggunaan bahan kimia yang dikhuatiri boleh mengakibat penyakit dan ianya tidak diketahui dan apa yang sedang atau pernah berlaku tidak pernah disiasat.
ADAKAH INI MUNGKIN AKAN TERJADI DIKALANGAN KITA?
SEKIRANYA IANYA BERLAKU, KEPADA SIAPA HARUS KITA MENGADU DAN APA TINDAKAN KITA? 

KSIEWSSM MEMPERJUANGKAN PERSEKITARAN DAN TEMPAT KERJA YANG SELAMAT DAN TIDAK MEMUDARATKAN BAGI PEKERJA INDUSTRI ELEKTRONIK!!!

Disini disertakan sekali gambar-gambar yang dirakam semasa demonstrasi oleh SHARPS dihadapan Kilang Samsung Semiconductor, Korea.























Ahad, 17 Oktober 2010

PENGUMUMAN DARI KSIEWSSM

Adalah dimaklumkan bahawa KSIEWSSM adalah satu badan organisasi bebas yang tidak terikat dengan sebarang majikan. KSIEWSSM tidak mempunyai hubungkait dengan Kesatuan Sekerja peringkat Dalaman dalam sesebuah syarikat atau majikan. Sebarang penggunaan nama KSIEWSSM untuk menarik penyertaan ahli kedalam Kesatuan Sekerja peringkat Dalaman adalah salah disisi undang-undang. Pihak KSIEWSSM akan membuat laporan dan aduan kepada JHEKS jika terdapat sebarang pembabitan atau penggunaan nama atau kepentingan KSIEWSSM digunakan secara salah oleh sesiapa tanpa kebenaran bertulis dari Majlis Eksekutif.

Pihak KSIEWSSM mendapat maklumat bahawa terdapat AJK Penaja Kesatuan Dalaman telah menggunakan nama KSIEWSSM bagi menarik ahli menyertai Kesatuan Dalaman tersebut. Pihak KSIEWSSM akan mengumpulkan bukti dan memanjangkan perkara ini dengan bukti tersebut.

Selasa, 12 Oktober 2010

Gaji Minimum; Kerajaan akan gubal akta baru

Menteri Sumber Manusia Datuk S Subramaniam berkata satu akta baru akan digubal bagi menggantikan Akta Majlis Penetapan Gaji 1947.

Katanya, langkah berkenaan akan dibuat memandangkan penetapan gaji minimum melalui akta tersebut akan mengambil masa lama dan melalui proses yang rumit.

"Dalam hal ini, KSM dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara akan menggubal satu akta baru mengenai gaji minimum," katanya ketika berucap merasmikan Forum Gaji Minimum di Kuala Lumpur hari ini.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Subramaniam berkata beliau akan mengemukakan perkara itu bagi perbicangan awal di mesyuarat kabinet pada Jumaat.

Ketika ditanya, beliau berkata rang undang-undang baru itu dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada sesi akan datang.

Katanya lagi, setakat ini masih belum ada kadar minimum yang ditetapkan namun pelbagai cadangan telah dikemukakan, termasuk daripada MTUC dan kerajaan Selangor.

p/s: apa sudah jadi dengan gaji minimum para pengawal keselamatan yang sebelum ini dikatakan diluluskan, tetapi ianya ditangguh pula.

Rang undang-undang ditarik balik, piket diteruskan oleh NGO

Walaupun kerajaan telah menarik balik rang undang-undang bagi meminda Akta Kerja 1955 yang dibidas oleh pelbagai kumpulan, piket yang dirancang lebih awal sebelum ini tetap diteruskan.

Piket itu diteruskan petang ini di dua tempat berasingan Bangi dan Balakong, Selangor dengan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Di Bangi, piket oleh 15 peserta berlangsung di hadapan Pasar Raya Warta selama 30 minit diketuai oleh koordinator NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) E Nalini.

Menurut Nalini, mereka tetap meneruskan bantahan walaupun pindaannya telah ditarik balik oleh parlimen hari ini "sebagai simbol kemenangan" mereka.

"Kita buat hari ini sebagai simbol penentangan walaupun kita tahu akta ini dipinda. Kita mengumumkan kemenangan kita, sebab itu kita berkumpul hari ini," katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya lagi kesemua peserta program tersebut terdiri aktivis Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan aktivis mahasiswa. Mereka melaungkan "hidup rakyat" dan "kerajaan jangan pinda akta pekerjaan".

Katanya, tiada sebarang tangkapan dibuat oleh lapan anggota polis yang mengawal di sekitar kawasan tersebut.

"Kami juga turut mengibarkan kain rentang dan poster yang bertulis 'Jangan Pinda Akta Pekerjaan', Jangan Cabut Hak Pekerja'," katanya.

Sementara di Balakong pula, piket lebih sejam bermula 5.20 petang di Perhentian Bas Simpang Balak disertai kira-kira 20 peserta, diketuai Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Kajang D Ganesan.

Penerangan di Shah Alam
Menurut Ganesan, peserta yang hadir terdiri daripada aktivis PSM dan pekerja daripada kilang berdekatan.

Enam anggota polis kelihatan berada di tempat berkenaan tetapi mereka hanya kelihatan menggambil gambar peserta piket itu.

Katanya, pihaknya juga turut mempamerkan kain rentang anti pindaan akta itu yang antaranya berbunyi "Kerajaan rampas hak pekerja, hentikan pindaan akta sekarang".
Manakala poster bantahan pula bertulis "Gubal Akta Gaji Minima" dan BN jangan rampas hak pekerja".
Mereka juga turut mengedarkan risalah membantah cadangan kerajaan itu, kepada orang ramai yang lalu lalang selepas pulang daripada kerja, tambahnya.

Sementara itu di Shah Alam, piket tersebut dibatalkan dan digantikan dengan majlis penerangan kepada kira-kira 30 peserta yang hadir di kawasan perindustrian di seksyen 15.

Menurut Bendahari PSM A Sivarajan, menurut Sivarajan, mereka juga turut membawa kain rentang membantah pindaan berkenaan serta mengedarkan risalah kepada pekerja kilang yang baru pulang daripada kerja.

Bagaimanapun, menurutnya, dianggarkan sekitar 50 orang anggota polis hadir mengawal sekitar kawasan itu.

* sumber dari malaysiakini.com

Kerajaan Akur Terhadap Kuasa Pekerja. Rang Undang-undang Pinda Akta Pekerjaan Ditarik Balik

Berita amat mengembirakan untuk seluruh warga pekerja!. Kerajaan telah akur mengalah kepada kuasa pekerja!. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan mengumumkan bahawa Rang Undang-undang pinda Akta Kerja 1955 ditarik balik tanpa memberikan sebarang alasan di sessi Parlimen yang sedang berlangsung.
Sebelum ini, Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang bersekongkol dengan kaum kapitalis bercadang untuk menggadaikan hak pekerja Malaysia dengan membuat pindaan terhadap tiga undang-undang pekerjaan iaitu Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, dan Akta Kesatuan Sekerja 1959. Pindaan-pindaan yang dicadangkan oleh KSM ini adalah yang paling teruk dalam sejarah pekerja di Malaysia dan hanya memihak kepada pihak majikan.
Adalah dipercayai keputusan terburu-buru KSM untuk tarik balik pindaan akta ini adalah akibat bantahan serta tekanan yang berterusan oleh para pekerja serta kumpulan-kumpulan masyarakat yang lain.


sumber dari Gabungan Pekerja Kilang & Kesatuan Sekerja (GPKK), Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT),

Ahad, 26 September 2010

Kerenah Birokrasi Masih Berleluasa Di Jabatan Kerajaan

Arahan demi arahan telah diikuti manakala peraturan telah pun dipatuhi tetapi penyelesaian kepada tuntutan pengiktirafan masih menjadi tanda tanya bagi sesetengah ahli. Misalannya, Kesatuan telah memohon untuk mendapatkan tuntutan pengiktirafan dari majikan sejak lebih dari 3 bulan terdahulu tetapi ianya ditolak dan telah diserahkan kembali untuk keputusan kepada Jabatan Perhubungan Perindustrian (JPP). Malangnya, sehingga kini, pihak JPP masih membisu terhadap tuntutan ini. Tindakan ini seolah-olah sengaja ditangguh-tangguhkan supaya pihak majikan bebas membuat sebarang tindakan terhadap pekerja mereka. Ini merupakan satu bentuk penganiayaan kepada kaum pekerja kerana mereka mengharapkan pembelaan kebajikan dari pihak Kesatuan.
Pelbagai contoh yang paling jelas dihadapi oleh Kesatuan ketika ini iaitu;
  • terdapat majikan yang beroperasi di Johor, dimana tuntutan pengiktirafan telah dibuat oleh Electrical Industry Workers Union (EIWU) sejak lebih 2 tahun lepas, tetapi disebabkan majikan berdolak dalih dan mengakui bahawa mereka adalah pembuat produk elektronik, tuntutan ini ditolak oleh JPP. Menjadi mangsa adalah kepada hampir 200 pekerja syarikat tersebut. Kini proses tuntutan dipanjangkan pula oleh KSIEWSSM dan seperti biasa, sehingga kini proses menunggu menjadi penghalang untuk tindakan seterusnya.
  • terdapat majikan yang cuba menaja pekerja mereka untuk menubuhkan Kesatuan Dalaman setelah majikan menerima tuntutan pengiktirafan dari KSIEWSSM. Akibatnya, KSIEWSSM mengadu kepada JHEKS dan JPP untuk tindakan lanjut. Kenapa ini berlaku?!!!.
  • Permohonan terawal untuk tuntutan pengiktirafan KSIEWSSM telah pun menjangkau kepada lebih 3 bulan. Kini permohonan tersebut sedang "kononnya" diproses oleh JPP. Pihak KSIEWSSM pernah membuat follow-up di JPP Putrajaya dan alasannya, menunggu surat kelayakan dari JHEKS yang hanya terletak di bangunan yang sama!!!. 
Setiap pertikaian dan tuntutan dari Kesatuan amat jelas sekali perlu mengikut "acuan" yang dibuat oleh JPP mahupun JHEKS. Pihak KSIEWSSM amat kesal bila mana sebarang tuntutan dari pihak majikan amat dipandang serius oleh jabatan-jabatan dalam Kementerian Sumber Manusia ini tetapi seperti sengaja melambat-lambatkan sebarang permohonan dari pekerja (Kesatuan). Jika tidak, kepada tempoh penubuhan untuk Kesatuan Sekerja baru ditetapkan dalam tempoh enam (6) bulan!!!.
Ini perlu diubah dan diolah supaya situasi "win-win situation" menjadi kenyataan. Jika tidak, kaum pekerja dan pihak Kesatuan akan beranggapan bahawa pihak Jabatan tidak mengendahkan dan mementingkan kebajikan pekerja.

Isnin, 20 September 2010

Pindaan Akta Kerja: Semakin Teruk Pekerja Dianiaya dan Ditindas!!!

Dengan usul pindaan Akta Kerja di Parlimen, keadaan pekerja sektor swasta dikhuatiri akan semakin teruk dianiaya dan penindasan ini semakin tidak mendapat pembelaan dari pihak Kerajaan. Dengan dasar Kerajaan yang amat pro-perniagaan dan pro-majikan, mereka bersungguh-sungguh untuk mempromosikan tenaga kerja yang dibayar murah, kemudahan fasiliti dan banyak lagi untuk menarik pelabur asing walhal Kerajaan menjaja kepada kebanyakan pekerja atau lebih kepada rakyat bahawa mereka akan menikmati gaji yang tinggi (high income) menjelang tahun 2020. 
Malangnya ini seakan-akan bakal menjadi angan kosong apabila Kerajaan berura-ura untuk membentangkan usul pindaan Akta Kerja di Parlimen untuk dibincangkan dan diluluskan. Antara perkara-perkara yang akan dipinda adalah:
  1. Pekerja yang diberhentikan dengan cara tidak adil atau salah dibahagikan kepada beberapa golongan iaitu:
      • Pekerja yang masih dalam tempoh percubaan (probation) dalam setahun perkhidmatan;
      • Pekerja yang menerima gaji pokok melebihi RM10,000;
      • Pekerja yang bekerja mengikut terma kontrak tetap (fixed term contract);
        • Usul Pindaan: Dikecualikan dari Pengembalikan Kerja (reinstatement of work) dibawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan.
  2. Membenarkan para majikan untuk memeriksa status keahlian Kesatuan Sekerja setiap lima (5) tahun:
  3. Membenarkan para majikan mencabar status award yang diberikan oleh Mahkamah Perindustrian (Buruh) terus kepada Mahkamah Tinggi. 
  4. Membenarkan Sumber Manusia (HR consultant/specialist) mewakili pihak majikan sekiranya berlaku pertikaian perusahaan di Mahkamah Perusahaan (Buruh).
  5. Menghalang sebarang Kesatuan Sekerja untuk menggunakan dana mereka untuk sebarang tujuan pelaburan yang berisiko.
  6. Meminda Seksyen 12 Akta Kerja; menyelaraskan notis penamatan perkhidmatan kepada 4 minggu tanpa mengira tahun perkhidmatan pekerja tersebut.
  7. Pindaan Akta Kerja Seksyen 17A /  Seksyen 19 / Seksyen 22 / Seksyen 25A / Seksyen 34 / Seksyen 60A dan 60C - antaranya membenarkan majikan menangguhkan pembayaran gaji lebih masa sehingga 30 hari, majikan tidak perlu mendapat kebenaran dari pekerja jika berlaku perubahan cara pembayaran gaji melalui bank (pertukaran bank) dan pertukaran waktu bekerja seperti tertakluk dalam Seksyen 60A dan C.
Majoriti pindaan dan gubalan baru Akta Kerja, Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Kesatuan Sekerja didapati ianya tidak memihak kepada golongan pekerja mahupun Kesatuan Sekerja. Ia lebih nampak "bias" kepada menjaga pelaburan tempatan dan asing iaitu majikan. Setiap peruntukan perubahan; jika diluluskan pastinya akan menekan dan menindas pekerja. Jika tidak, kenapa Kerajaan mengusulkan pindaan ini secara senyap dan tanpa membuat sebarang perbincangan sama ada MTUC mahupun Kesatuan Sekerja lain. Status pekerjaan bagi pekerja swasta yang diketahui tidak stabil ini akan menjadi lebih tidak terjamin dan lebih teruk lagi dengan berlakunya PINDAAN AKTA TERBURUK SEJAK 40 TAHUN ini!!!.