Sudah agak lama sidang redaksi tidak mengemaskini blog ini akibat dari kengkangan masa dan kekurangan sumber. Bagi mereka yang sentiasa menunggu berita atau informasi terkini tentang KSIEWSSM, berikut adalah serba ringkas perkembangan terkini kesatuan:-
- Dalam pemilihan Majlis Eksekutif KSIEWSSM sessi 2013-2016, yang telah berlangsung pada September lepas, perwakilan telah pun secara majoriti memilih Sdr Hj Azaman sebagai Presiden manakala Tim. Presiden pula adalah Sdr. Faidzul yang tidak mempertahankan jawatan Presiden kerana memberikan laluan kepada Sdr Hj Azaman. Manakala Sdr Rizuan pula menang tanpa bertanding bagi jawatan Setiausaha Agung. Senarai penuh Majlis Eksekutif telahpun dikemaskini dan boleh dirujuk pada ruangan kana blog ini. Bagi mereka yang mendapat sokongan majoriti perwakilan, diharap supaya bekerja dan berusaha dengan lebih keras dan bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan. Dengan jumlah keahlian kini mencecah angka 5,000 pekerja, banyak kerja dan cabaran yang perlu digalas dalam 3 tahun mendatang. Insya Allah, berkat usaha dan sokongan, adalah tidak mustahil jika keahlian bakal mencecah puluhan ribu.
- Baru-baru ini, pihak kesatuan telah pun berjaya memenangi sejumlah proses undi sulit bagi menentukan sokongan majoriti pekerja. Antaranya adalah pekerja di syarikat MFS (Melaka), Beyonics (Johor), Nestronics (Johor) dan banyak lagi. Ada juga permohonan untuk pengiktirafan telah ditolak di peringkat JPP seperti Celestica Electronics, BNM Nagano dan lain-lain diatas alasan skop perusahaan tidak merangkumi perusahaan elektronik. Ini tidak melemahkan semangat pegawai dan Majlis dimana mereka berpendapat bahawa masih ada jalan dan usaha diperlukan bagi memastikan pekerja industri mendapat pembelaan yang sewajarnya.
- Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah membentangkan budget 2014, dan diantara intipati asas pembentangan beliau adalah berkisaran tentang perlaksanaan GST. KSIEWSSM berkongsi pendapat yang sama dengan MTUC, dimana majoriti golongan pekerja swasta secara khusus, masih belum bersedia untuk menghadapi jerutan GST ini. Dalam situasi tangga gaji yang masih rendah, bebanan ekonomi sara hidup yang tinggi, mana mungkin golongan pekerja ini boleh menerima GST ini. Walaupun kerajaan telah menetapkan gaji minima sebanyak RM900, tetapi ia tidak dapat menampung walaupun tanpa GST ketika ini. Pihak kerajaan terutamanya perlulah membuat keputusan yan rasional demi kepentingan pekerja terbanyak ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan