...KESATUAN BERJUANG BAGI MENDAPATKAN TANGGA GAJI YANG BERPATUTAN, TEMPAT KERJA YANG SELAMAT SERTA SELESA DAN TIADA DISKRIMINASI...

Isnin, 25 Julai 2011

Perjanjian Bersama STMicroelectronics dan KSIEWSSM

DSC_0084

Untuk pertama kalinya didalam sejarah Kesatuan Sekerja diperingkat wilayah, satu majlis bagi menandatangani perjanjian bersama telah diadakan bagi menandakan termeterainya ikatan persefahaman diantara Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia (KSIEWSSM) dan juga pengurusan STMicroelectronics. Berlangsung di Hotel Classic Muar, perjanjian ini telah ditandatangani secara bersama oleh pihak pengurusan STMicroelectronics, wakil KSIEWSSM dan wakil pekerja. Turut hadir didalam majlis ini adalah Penolong Pengarah JPP dan Penolong Pengarah JTK Muar.
 scan0001
DSC_0104
Encik Hwang Jindoo (Pengurus Besar STMicroelectronics)

Dalam ucapan ringkas dari Pengurus Besar STMicroelectronics, Encik Hwang Jindoo (atas)  telah memberikan pujian terhadap pasukan perundingan dari kedua-dua pihak yang telah berjaya menyelesaikan perkara yang berbangkit didalam masa yang singkat. Tambah beliau, pasukan ini telah menunjukkan semangat yang positif dalam menjayakan dan menyelesaikan rundingan. Beliau juga melahirkan penghargaan terhadap kejayaan rundingan ini dan berharap agar ianya dapat meningkatkan produktiviti dan daya saing pekerja serta menaikkan prestasi syarikat.
DSC_0108
Mohd Salleh - Wakil KSIEWSSM

Sementara itu, dalam ucapan dari wakil KSIEWSSM, Sdr Mohd Salleh (atas) juga melahirkan penghargaan terhadap pihak pengurusan STMicroelectronics kerana perundingan ini telah berlangsung dengan baik dan harmoni. Menurut beliau, perjanjian ini merupakan satu titik penting dalam sejarah Kesatuan dimana ianya akan menjadi bahan rujukan bukan sahaja di dalam Malaysia oleh Malaysian Trade Union Congress (MTUC) dan Malaysian Employer Federation (MEF) tetapi juga bagi International Federation of Chemical, Energy, Mine and General Workers' Unions (ICEM), International Metalworker’s Federation (IMF) dan International Labour Organization (ILO) diperingkat antarabangsa. Tambah beliau, ini adalah suatu perkembangan yang amat baik bagi kedua-dua pihak dalam mempertahankan hubungan baik antara pekerja serta majikan. Perjanjian bersama ini juga dapat mewujudkan situasi “sama-menang” bagi kedua-dua belah pihak.

DSC_0110
Tuan Hj Shahrudin - Penolong Pengarah JPP Muar

Dalam pada itu, Tuan Hj Shahrudin (kanan)  dari Jabatan Perhubungan Perusahaan, Muar juga menghargai kerjasama kedua-dua pihak dalam menjalankan tanggungjawab perundingan tanpa melibatkan pihak-pihak lain. Ini menunjukan bahawa terdapat persamaan kefahaman dan sikap muafakat keduanya, ujar beliau lagi. Beliau berharap agar konsep perundingan sebegini akan menjadi contoh yang baik bagi syarikat dan kesatuan sekerja yang lain dan wajar diikuti. Tambah beliau, ia juga bagi menjamin kestabilan kerja, dapat meningkatkan produktiviti dan daya saing sama ada pekerja dan syarikat malah ianya merupakan kejayaan yang dicapai secara bersama.
DSC_0118
Hwang Jindoo, Naginder Singh (HR Director) dan CL Ser (Financial Controller) sedang menandatangani perjanjian bersama
DSC_0128
Wakil-wakil KSIEWSSM (dari kiri: Sdr Faidzul Zainal (Presiden KSIEWSSM), Sdr Rizuan Zainal (S/U Agung KSIEWSSM) serta wakil worksite committee Sdr. Mahdar dan Sdri Suhaily.
DSC_0138
Penyerahan Perjanjian Bersama bagi kedua-dua pihak (STMicroelectronics dan KSIEWSSM)
 
Kemuncak majlis ini telah berlangsung majlis tandatangan kedua-dua pihak dan disaksikan oleh Tn Hj Shahrudin beserta para hadirin yang lain. Diantara kandungan perjanjian bersama adalah;
  • Peruntukan perlindungan Insurans bagi pekerja serta bantuan kilat bagi pekerja yang meninggal dunia kepada waris,
  • Pertambahan cuti berbayar,
  • Pertambahan jumlah caruman oleh majikan,
  • Sumbangan syarikat kepada pekerja yang mendapat cahaya mata,
  • Kenaikan gaji bagi tahun 2011 yang sama dan adil bagi kesemua operator dan juruteknik.

26 ulasan:

  1. Tahniah kepada kesatuan.... harap selalu-selalu ikut telunjuk yahudi st nie.....


    soal gaji..... sama dan adil sama macam pemerintah komunis semuanya sama rata dan adil tidak mengambil kira prestasi pekerja, indah khabar dari rupa sahaja.

    BalasPadam
  2. betul tu, sejak ada kesatuan kat dalam st nie, lagi beruk- beruk st nie tunjuk taring , kesatuan pulak macam katak bawah tempurung ikut telunjuk laknat2 ini.

    Takda ketegasan langsung !!!!!!!!! bukan suruh memberontak atau buat buat rusuhan tetapi kasi pengajaran buat st , berbincang 3 bulan apa yang kami dapat ? gaji sama rata ??? dah betullah sama je macam komunis........lepas nie kerja sambil lewa pun untung gak...... tak payah kerja sungguh-sungguh sebab gaji naik sama rata.............

    BalasPadam
  3. Harap semua bersabar, saya juga termasuk dalam warga st yang merasa tidak puas hati dengan kenaikan gaji tahun ini, tapi kita beri peluang untuk kesatuan untuk membukti kepada kita dalam menjaga kebajikan pekerja st. Jangan dengar kata-kata segelintir dari pihak majikan untuk membubarkan kesatuan ini. Saya ada dengar mereka menyuruh supaya kita berkumpul untuk sain satu patisen untuk membubarkan kesatuan ini dari salah seorang dari hr department tapi kita jgn bertindak tanpa memikirkan kesannya nanti.

    Diharap pihak kesatuan ikhlas dalam memperjuangkan nasib kami dan apa yang saya harapkan segala bentuk perbincangan perlu diketahui oleh semua warga st sebelum membuat perbincangan. Sistem polling perlu dimbil kira kerana hanya dengan cara ini kita tahu apa sebenarnya kehendak warga st samaada mereka setuju atau tidak perkara yang diungkitkan kerana ia mewakali untuk kesemua warga st.

    Akhir sekali saya menaruh harapan agar sistem kerja 12jam ini dikaji kerana benefit yang kami dapat sungguh mendukacitakan. Sistem kerja 8 jam lebih baik tapi bukan sistem kerja 8 jam ( 7 crew ) tapi kami mahu sistem kerja 8 jam yang sebelumnya iaitu 4 team ( A,B,C,D ) memang kami ada dengar mereka boleh terima untuk balik pada 8 jam tapi sistem 8 jam ( 7 crew ).Sistem ini tidak sampai 5 bulan bertahan di ST .


    """"Kami mahu balik kepada sistem yang asal 8 jam ( 4 team A,B,C,D ) """"""""""

    BalasPadam
  4. saya terpanggil untuk memberikan pendapat tentang rasa tidak puas hati 2 rakan2 pekerja st. saya mengikuti hampir semua pertemuan yang diadakan jika berkesempatan. saya perhatikan mereka2 yang hadir adalah orang2 yang s.ama.Ini termasuk lah semasa mesyuarat agong untuk memilih ajk kesatuan diST.

    tidak pernah timbul isu tukar waktu kerja dari 12 jam ke 8 jam. apa yang dibangkitkan hanyalah soal solat jumaat & 4 jam OT.
    saya mengucapkan terima kasih kerana beroleh kejayaan mendapatkan hak untuk bersolat setelah bertahun-tahun dinafikan hak.
    kita tidak boleh bercakap soal st yahudi dan sebagainya sedangkan dengannya lah kita mencari rezeki untuk menyara anak isteri. saya rasa 2 org rakan kita tu, sangat mementingkan diri sendiri.dan org begini sepatutnya tidak perlu ada dalam KESATUAN.

    TECH(BGA)T2

    BalasPadam
  5. saya pun teringin nak ulas serba sedikit walaupun x byak yang saya tahu... tapi cubalah faham...

    Faedah pada pekerja
    - gaji naik = RM 50 untuk operator dan RM90 untuk tech...
    - elaun shift naik,
    - skim insurans selain socso.. premium bulanan st bayo...
    - pertambahan hari cuti bersamaan dengan sehari gaji..
    - duit bini bersalin dapat RM150 sekepala...
    - caruman epf naik 1%...

    semua nie, kalu kita campur tolak... lebih kurang dekat nak RM200 kita dapat... tapi ini pun korang x bersyukur... pada aku... ini mungkin terbaik wat masa nie... kita pun kena ingat.. mintak tuh bior berpada pada...

    Tapi korang lupa satu perkara... yang majoriti kita mintak sembahyang jumaat pun korang langsung x timbulkan... tapi nampak sangat korang kejo dunia... jadi siapa yang lebih komunis dari komunis nie?...

    Aku bersyukur dan berterimakasih pada kesatuan sebab akhirnya suara kita dah diambil kira oleh naginder... walaupun sebelum nie korang yang banyak citer tapi habuk pun x dak...

    Tentang tukar shift tuh aku rasa.. baik nanti dulu... sebab apa yang aku paham lepas nie akan ada lagi tuntutan kesatuan...

    Dari korang bising2 pasal x pueh ati dengan gaji naik ciput... lebih baik korang perah otak dan support kesatuan... bukan duk goyang kaki dan biar orang lain bela nasib ko... x guna pekik sana-sini, pok pet kat kedai kopi dan kantin.. tapi bila nak tuntut hak sendiri... kecut....

    apa yang penting suara majoriti lebih penting dari suara-suara orang orang yang x tau bersyukur dan tau nak condem orang lain aje...

    Buka minda dan bersyukur kepada Allah atas usaha orang untuk bela nasib korang... ini yang terbaik...

    BalasPadam
  6. Pihak kesatuan telah berjaya mendapatkan beberapa hak untuk pekerja st jadi harap semua bersabar.... saya juga salah seorang dari warga st walaupun bebrapa tuntutan gagal tapi ada juga yang berjaya... memang betul pengurusan st nie tidak mementingkan pekerja tapi dengan adanya kesatuan nasib kita terbela. Mereka yang marah perlu banyak bersabar soal kenaikan gaji terpaksa kena terima sahaja dari tak terus lebih ada juga.

    Kesatuan masih baru lagi dalam st ini, kita semua kena beri peluang kepada mereka jadi tak perlulah kita bergaduh-gaduh, kepada 2 rakan kita yang marah soal kenaikan gaji perlu banyak bersabar. Soal mereka tidak perlu dalam kesatuan itu salah mereka juga layak serta ada hak untuk bersuara dan memberi pandangan, mungkin mereka tidak faham. Perkara yang penting ialah kita jangan bergaduh sesama sendiri dan perlu bersatu. Orang yang marah-marah tidak boleh ditangani dengan kekerasan tetapi dengan kelembutan mudah-mudahan allah melembutankan hati mereka ini, insyallah....

    BalasPadam
  7. saya nak beritahu sikit. kami operator kerja teruk, kalau nak banding dgn tech. kerja banyak monteng , gaji nak besar,tiap-tiap kali ada adjustment aje, mereka dapat naik banyak. operator dapat sikit. apa yang dapat dari kesatuan kami operator puas hati. bersyukurlah dan berterima kasih lah pada kesatuan .

    optr bga

    BalasPadam
  8. korang ni nak sibuk2 pasal kenaikan gaji nape.Selama nie pihak pengurusan betul2 ke tengok pretasi kerja korang semua atau pilih kepada sapa yang kuat bodek dan berlakon ajer.Kalau pihak pengurusan pilih betul2 dah lama korang takkan bising pasal kenaikan gaji.Korang kalu keja betul2 pun tak tau lagi naik byk, nie dah kira ok la semua orang dapat sama rata.Tahun nie aku tgk ramai yang keja bagus2 pun dapat C & D.Bagi yang baik2 kat kaum mereka.Tu pun kau nak tak puas hati nape.Bagi optr2 bersyukur dgn apa yang ada kialu korang nak dapat RM 50 ikut stail lama ntah bila boleh dapat... Lagipun korang perlu ingat technician perlu belajar dulu bru le dpt jadi tech bknnya suka2 dapat jadi tech.Jadi bagi optr yg sudah mempunyai anak sama2 la kita doakan anak2 kita menjadi insan yang berpelajaran dan berjaya dalam hidup, manakala bagi optr yang masih single masih ada jalan untuk meningkatkan pretasi dalam diri.Fikir2kan lah ,Renung2kan lah dan selamat beramal....

    Atas Pagar ST

    BalasPadam
  9. kepada warga ST semua harap dpt bersabar dan bersyukur kpd Allah s.w.t dgn ape yg kite dpt juga dlm memperjuang nasib2 kite selama kite bekerja di ST....Dengan adanya kesatuan ape yg kita kehendaki dapat di laksanakan dan di terima oleh pihak majikan kita...harap semua warga ST membuka minda yg luas dlm beberapa perkara ini....dr anda banyak k'kata2 lbh baik b'sama b'ganding bahu m'capai ape yg d'ingini..bkn kh itu lbh baik dr kita m'harapkn org lain...

    D'harap anda semua beri kn la semangat untk k'satuan m'bela anda d'masa akn dtg....fikirkn secara 'COOL AND POSITIF' krn k'baiknnya anda akn perolehi b'sama..








    TECH 'BGA' P...WACHAAAAA....; )
    29 Julai 2011 4.45PM

    BalasPadam
  10. Kita sudah memilih apa yang sepatutnya kita pilih.... Tetapi kita semua mesti ingat tak semua orang memilih kita, tapi terpaksa mengikut pilihan ramai.
    Oleh itu pendapat ramai mesti diambil kira, dan semua orang kena beri pendapat yang bernas untuk kemajuan STMicro. Dalam perjanjian bersama banyak kelemahan yang dapat dikesan dan mungkin boleh diperbaiki.(macammana hanya pihak kesatuan yang tahu bagaimana jadi perlulah beri keterangan yang jelas pada pekerja) STMicro sangat penting bagi kita yang bergantung pendapatan padanya. Belanja juga semakin meningkat serta anak-anak masih membesar semuanya mengaharap pada pendapatan dari kita. Bagi yang sudah 60 tahun keatas tapi masih bekerja kalau kilang tutup pun apa dia kesah anak-anak dia pun tak kerja kat sini, malangnya orang2 inilah yang mentakbir kilang ni sebab gaji dia orang ni terlalu besar dan kenaikan gaji dia orang boleh bayar sebulan gaji operator serta technician, itu belum lagi eleun kete dan minyak lagi.
    Kita kena faham macam mana dia orang mentakbir STMicro untuk kepentingan dia orang.Kita ambil contoh 'BONOS TAHUNAN', pegi lah mana-mana kilang bonos tahunan tidak dibayar berdasarkan perkhamitan tapi berdasarkan keuntungan kilang.Kalau kilang untung bonos akan dibayar lebih berdasarkan semada bayaran tahunan atau keuntungan setengah tahun.(kalau di STMicro dipanggil MBO). Tak ada kilang pun dalam Malasia ni "BONOS KEUNTUNGAN" dibayar untuk pihak atasan saja??? kenapa kita tak ambil contoh MICRON dalam setuasi MBO.Jadi pekara ini mesti jadi salah satu pekara utama dalam perjanjian bersama kalau tidak pekerja-pekerja bawahan akan memberontak secara senyap ini boleh menjejaskan produktiviti serta kualiti product. Jika pekara ini berlaku walau sebesar mana pun kilang tu, pihak pengerusuan kilang yang berada luar negeri tu pasti akan memutup operasi di sini. Kita juga yang susah.
    Adakah semua pekerja faham apa itu MBO?????
    MBO bermaksud "Management By Objectify", Untuk mencapai objetif pihak pengerusuan akan mengarah atau dengan bahasa kasar mengkerah orang bawahannya yang memang dah sedia takut ni dengan memggunakan semua senjata termasuk kuasa ugutan, maki hamun bagi memcapai cita-cita untuk memdapat imbohan 1.5 bulan gaji yang akan dibayar 2 kali setiap tahun tidak termasuk bonos tahunan, maknanya setiap pekerja atasan akan menerima BONOS dari STMicro sebanyak 5 bulan gaji setiap tahun.Sebab tu lah pekerja atasan nak kerja kat STMicro ni sampai mampus!!!!!!!!!!!!!!!.Saya tak faham kenapa pekara sepenting ini tak diambil perhatian oleh pihak kesatuan? Inilah faktur paling utama memjatuhkan motivasi pekerja kita.

    BalasPadam
  11. MEMANG BETUL KALAU ST NIE NAGINDER DAN KONCO-KONCO NIE SEMUA YAHUDI , UNTUK PENCACAI BAGI PERSATUAN TAK PAYAHLAH KORANG NAK KUTUK-KUTUK , AKU NIE MEMANG TAK LAYAK UNTUK KESATUAN, PASAL APA... PASAL KESATUAN YANG ADA NIE BERLAGAK PANDAI TAPI SEBENARNYA TAK TAHU APA-APA PUN.... KENAIKAN GAJI RM90 TECHNICIAN & RM 50 OPERATOR TAK SEMUANYA YANG DAPAT.... APA PUNYA PERJANJIAN NIE......?????? TAHU BUAT PERJANJIAN KE TAK RETI ? YAHUDI-YAHUDI ST TAK BOLEH DIBUAT BINCANG PERLUKAN KEKERASAN ? AKU AKAN MENYOKONG KESATUAN SEKIRANYA PIHAK KESATUAN BERTEGAS DAN APA SEGALA TINDAKAN KERANA YAHUDI ST NIE PERLU DI AJAR.... SUPAYA TIDAK SEWENANG-WENANGNYA MEMPERMAINKAN KITA. SAMBIL BILA BOLEH BERSABAR ???????? KENAPA KESATUAN TAKUT DENGAN ST ????? ATAU ADA SESUATU YANG TAK KENA DENGAN KESATUAN KITA INI ??????? APA DAH KENA RASUAH KE..... ????? OPSS..... JANGAN MARAH BUKAN MENUDUH.... TAPI FIKIRLAH SENDIRI....

    BalasPadam
  12. mula-mula saya nak ucap terima kasih pada kesatuan yang berjaya dapatkan kebenaran bagi pekerja st keluar menunaikan solat, sempena bulan Ramadhan ini, diharapkan dapat keberkatan darinya. tentang yang lain2, saya tak berapa tahu sampai kita semua dapat menikmatinya, barulah kita sedar apa yang telah kita perolehi.tak perlulah kita kutuk2 kesatuan..Kita semua bukan pandai2 sangat, jika tidak masakan bertahun-tahun kita semua tidak berbuat apa-apa...hanya pandai cakap berdekah-dekah saja, berlagak tapi apa pun tak de..sekurang-kurang dengan adanya kesatuan...nampak st ni patuh juga dengan tuntutan kesatuan. tentang kenaikan rm50.00 tu, kebanyakan operator berterima kasih dan bersyukur kerna belum pernah dapat kenaikan sebanyak tu..hanya yang dapat banyak kenaikan hanya tech saja..dan yang tak puas hati sebenarnya mereka ini semua sebab kali ini mereka dapat kurang sedikit,,jadi itu menjadikan kemarahan mereka pada kesatuan..tak payahlah kutuk st ini yahudi-yahudi dan sebagainya.. tapi duduk juga bekerja di st.dah berbelas tahun pulak tu.boring dengan perangai orang-orang macam ini..

    BalasPadam
  13. kalau boring dengan perangai macam orang-orang yang komen nie lebih baik kau duduk hutan je..... bukan lah minda sikit,komen perlu ada.... bantahan juga perlu.... supaya kita belajar dari kesilapan ada paham kalau nak komen tak boleh, cakap sikit melenting kau duduk hutan kawan dengan beruk-beruk kat tanjung tu lagi baik.


    Segala komen dan apa saja bangkangan terhadap persatuan tidak bermaksud diorang tidak menyokong persatuan.... kami semua sokong persatuan cuma apasalahnya sekira kita menegur atau beri pandangan-pandangan yang pedas... cuba bersikap profesional jgn macam katak bawah tempurung.

    BalasPadam
  14. TUNTUTAN YG PERLU DI ST:
    1. SISTEM 4 TEAM (A,B,C,D) - X PERLU NAK IKUT COMPANY LAIN 12 JAM, DIEORG ADE BENEFIT LEBIH, BUKAN MCM ST BODOH NI, NAK IKUT, TAPI BENEFIT MCM SIAL)
    2. HAK MBO YG SAMA (KENAPA MICRON BOLEH, ST X BOLEH?)
    3. PIHAK KESATUAN MEMBUAT PERBANDINGAN DENGAN COMPANY SEMICOND YANG LAIN, BAGAIMANA PENGURUSAN DITEMPAT LAIN YANG LEBIH BERJAYA JIKA NAK DIBANDINGKAN DENGAN ST NI.

    SY BERPENDAPAT ST NI BUKAN SATU COMP YANG BAIK BUAT MASA KINI... KENAPA? LIHAT SHJ TECH YANG TERLALU RAMAI BERHENTI UTK BERHIJRAH KE COMP LAIN. ENGINEER PUN SAMA. BUTA KE HR ST? X NAMPAK KE DARI SINI DAH TERLIHAT ST BUKANLAH SATU COMPANY YANG BAIK UTK BEKERJA. INI JELAS MENUNJUKKAN PEKERJA YG TIDAK PUAS HATI DENGAN BEBANAN KERJA YANG TERLALU BANYAK. SISTEM YANG TIDAK TERURUS MENJADIKAN SUASANA BEKERJA YANG BOSAN DAN KELAM KABUT.

    DIHARAP PIHAK KESATUAN MENOLONG KAMI YANG DIPANDANG LEMAH DAN HINA INI PADA PANDANGAN PIHAK ATASAN ST.

    ATP

    BalasPadam
  15. saya merupakansalah seorg dari opt yg bekerja di st,ign berterima kasih kpd kesatuan krn berjaya dlm tntutan pertamanya. tetapi ap yg kami inginkan ialah bekerja 8 jam, 4 team semula.sy menetap dipanchor,menaiki bas ke st setiap kali dtg bekerja.kami yg mentap jauh ni,terpaksa keluar seawal 5 pagi utk dtg menunggu bas.dan pulng pun sama,lebih kurg 2 jam. jadi jumlh masa kami utk ke st,bekrja 12jam,dan pulng kerumah adalah 15-16 jam.tinggal 8 jam utk bermsra dgn keluarga,melayan karenah anak,menguruskan keluarga.ramai diantara makcik2 disini trpaksa brenti kerana terlalu penat. TOLONGLAH KAMI!!!!!!!
    opt stqfp

    BalasPadam
  16. saya terdetik utk menyatakan disini bahawa terdapat desas desus salah satu aktiviti tahunan di st telah dimansuhkan tanpa pengetahuan kesatuan. iaitu pemeriksaan tahap kesihatan pekerja2 di st. ade korang dengar senarai kene g chekup?? xde bukan. diharap kesatuan tidak dipermainkan oleh pihak pengurusan st.

    BalasPadam
  17. tanya sikit boleh....apasal dalam blog ni cuma ada crite ST saja?kilang lain takde ke? kalau ada boleh gak buat perbandingan....takkan satu wilayah selatan ni ST je yang problem..

    Ingin tahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. St tak prob.. tapi tempat lain pekerjanya bersyukur setidak2nya masih ada kerja.. banyak kilang lain yg lg teruk dari St. Bukan senang nak bekerja jika ramai yg kondem dan cakap2 belakang dari yg nak maju kedepan berjuang bersama2 Kesatuan.. mentaliti seseorg perlu berfikiran utk semua bukan utk kepentingan peribadi. Malu jika nak dibandingkan tempat lain.. St masih yg terbaik dari macam segi..

      Padam
  18. sebab korang hyperactive kot?... yak lelain x ada problem sangat...

    BalasPadam
  19. pasal kilang st nie kilang yang paling besar kesatuan sekerja dapat masuk yang lain tu kilang cap ayam, kilang st nie banyak pengaruhnya dan pihak kesatuan gagal dalam banyak perkara yang dibincangkan salah satunya isu gaji......sekarang nie gaji mati dah ditetapkan ikut gred.... so kalau operator/technician gaji yg dah lebih kirim salamlah korang nak naik gaji lagi heheheheh......tak dinafikan ada juga yang berjaya contoh sembahyang jumaat. Apa pun di st muar ini kesatuan dicabar dengan begitu kuat dan di st ini juga kita dapat lihat kelemahan dalam pengurusan kesatuan membuat rundingan kerana pihak kesatuan diperbudakkan seolah-olah kesatuan ini yang satu boneka sahaja, sikap kealpaan pihak kesatuan ada tuntutan yang berjaya tetapi hakikatnya tidak. Dimanakah ilmuan-ilmuan dari pihak kesatuan ini ? Dimana gabungan mutc ? orang-orang ilmuan ini perlu diundang ketika sesi perbincangan .... supaya segala perbincangan lebih teratur tidak seperti terjadi sekarang, ditipu bulat-bulat oleh st........

    BalasPadam
  20. Tahniah kepada pihak kesatuan yang telah berusaha gigih ke arah Perjanjian Kolektif nya yg pertama. Perjalanan baru bermula dengan baik.... teruskan perjuangan anda.

    Jeffry D
    I.R Melaka

    BalasPadam
  21. buat tahun ini 2013 kilang ST micro electronics macam mana punya management?? tanks ^^

    BalasPadam
  22. melihat dari komen2 yg sedia ada....ramai dari kita yang saya istilah kan di sini sbg enggan bersyukur...percayalah...kami nie yang betul2 disebelah selatan tanahair...bekerja sebagai operator di sebuah kilang besi...kenaikan gaji kami adalah sama seperti kamu semua tapi kamu fikirlah betapa kamu selesa dgn tempat kerja kamu yang berhawa dingin dan kemudahan yang disediakan pastilah mencukupi seperti apa yang pernah kami tahu.kami disini berpanas dibawah terik mentari namun kami rasakkan yang kenaikkan itu cukup memadai yang penting nya adalah ikhlas bekerja...tahniah buat kesatuan anda kerana berjaya mendapatkan isu solat jumaat dari majikan....mungkin ada diantara ahli kesatuan hanya tahu menuntut kenaikan gaji sahaja bila berbicara tentang kesatuan. Banyak perkara yang kesatuan buat tapi hanya isu gaji sahaja yang mendapat perhatian dari ahli yang rakus ini. Kebajikan yang kecil itu seperti contoh solat jumaat sepatutnya di syukuri kerana itu adalah kemenangan bukan sahaja untuk dunia malah kemenangan menuju akhirat....itupun kamu tak mahu bersyukur....?? semoga kesatuan anda terus ikhlas berbakti kepada pekerja yang tahu bersyukur bukan kepada pekerja yang tahu bercakap dibelakang, mengutuk dan tidak pernah bersyukur akan apa yang telah diperolehi.

    BalasPadam
  23. Nak tanya sikit?
    kerja di ST ni ok x?
    saya minta jawatan executive sana

    BalasPadam